PINNED POST

BANYAK ENTRY DIBUANG

KERANA DIA...AKU JADI SEORANG IBU



Assalamualaikum readers...

Tiba-tiba mata aku masuk habuk.. Selalu dia kena marah tiap kali ada buat salah, kadang-kadang dia tengok tv tiba-tiba adik dia menangis, dia juga yang kena marah.. sebab dlm fikiran mesti dia yang pukul, padahal dia tidak buat apa-apa pun, adik nya sendiri yang jatuh.

Kerana dia,
...aku belajar menyusukan
Kerana dia,
...aku berjaya menukar lampin
dan kerana dia,
...aku belajar bagaimana mendidik anak-anak.. maniskan saat tu?
Pastinya kekok pada tiap kali aku lalui benda baru.

Hadir yang kedua dan ketiga,aku minta yang sulung untuk berdikari.. kasih juga sudah berbahagi.. walaupun tubuh kecil itu belum benar-benar memahami erti kendiri.... Sehingga adakala terbit rasa kesal pada diri aku kerana kurangnya perhatian pada anak yang pertama ini... Sayang pada kesemuanya.. tapi yang sulung paling istimewa, kerana dia yang pertama menjadikan aku seorang ibu.

The day I met you was the luckiest day of my life!
Luv you my son
~Ahmad Thaqif Zahran bin Muhammad Azahar~

ISI HATI YANG SERING DILIHAT