PINNED POST

BANYAK ENTRY DIBUANG

Showing posts with label Rezeki Itu Dari Allah. Show all posts
Showing posts with label Rezeki Itu Dari Allah. Show all posts

BUAT DUIT DENGAN KEDUT KEDUT CHEESE

Alhamdulillah Kedut Kedut Cheese (KKC) adalah produk pertama yang dikeluarkan oleh zuzu's kitchen yang paling mendapat sambutan.
Apa itu Kedut Kedut Cheese?

Dalam bahasa mudah, ia adalah kulit popia @ spring roll yang digoreng dan ditabur serbuk cheese.
Serbuk cheese KKC by Zuzu's Kitchen diolah menjadi lebih sedap dan pastinya anda makan hingga menjilat jari.
Serbuk cheese kami diolah dengan resepi rahsia dan anda tidak akan ada rasa muak.
Dalam pemilihan kulit popia, kami pilih yang berkualiti dan amat ranggup bila dimasak.

Dapatkan segera Kedut Kedut Cheese by Zuzu's Kitchen

~ PALING SEDAP DI DUNIA ~
~ RANGGUP KRUP KRAP KRUP KRAP ~
~ RESEPI RAHSIA SERBUK CHEESE TIADA RASA MUAK ~
~ MAKAN TAK CUKUP SEBALANG ~
~ RASA SEKALI PASTI NAK LAGI ~
~ JAMINAN KERAT JARI ~




BELI DULU BARU TAHU... SEDAP HINGGA MENJILAT JARI

RM 15.00 / SEBALANG





BANYAK ENTRY DIBUANG

Assalamualaikum..salam pagi jumaat yang berkah..

Banyak entri yang saya dah buang sebenarnya. Kalau rajin scroll, cuba lihat bahagian blog archive tu.. entri tahun 2015 sahaja yang tinggal kan..start blogging dari 2010..ermm sayang tau.
Sebelum ni kan blog ini saya gunakan sebagai medium jualan produk2 kosmetik dan kesihatan sambil2 jual kita membebel dalam blog pun ada..tapi sekarang dah tak buat dah bisnes produk kesihatan tu. 

Faktor kurang dah dapat permintaan ia jugak disebabkan sekarang sudah ada perlambakan produk2 kecantikan & kesihatan yang dijual oleh pembekal/pemborong secara runcit. Jika dulu2 diawal kemunculan produk2 ni, tidak ada pembekal/pemborong yang membuka kedai offline, jadinya kami yang menjual harga runcit dan bergerak secara online ni mudah berniaga. nak bersaing pun diantara kami dan tiada yang 'main harga'. 

ermmm tak perla.. lupakan yang lama..kita buka buku baru kan. Jadinya terpaksa lah saya delete entri2 tu... kalau tak, bunyi sajer 📞customer tanya produk. Kesian pula, mereka asyik tanya, saya pulak dah tak jual..akhirnya saya delete je semua entri. sayang memang sayang.. tapi apa nak buat...

Orang tamak macam saya 🙉 kan nak buat macam2 bisnes.. kita ikut saranan kerajaan, buat kerja lebih dari 1..kan? betul kan..kann..kann

Sekarang tumpukan bisnes yang dah lama berjalan. Bagi yang mencari rumah penginapan sementara (guest house) di shah alam, boleh contact saya ... nak cari kereta sewa base di shah alam juga boleh cari saya. Nak Kedut Kedut Cheese saya yang #viral sedap menjilat jari tu pun ada..


okay lahh..
nanti kita sambung lagi entri lain.

tata


ADIK NI MAKE-UP ANNE NGASRI


Assalamualaikum readers...

ehhh...Betul ke tu Anne Ngasri? 
ehhh.. betul ke? macam bukan je...lain je...

hahhaha... memang la bukan dek non oiii
konon-konon je claim sikit-sikit macam klon anne ngasri... ala bagi la chan kat akak ni nak nampak cantik comel seperti anne ngasri tu..cewaaahhh

Ni hasil sesi menconteng muka oleh MUA yang COMEL GEBU & GOJES bertudung kuning tu...
I am so happy  & feel young... for this time...for this time lahhhh kan.. kalau tengok muka akak tanpa make-up mau korang mimpi seram 41 hari..fuhhh

siapa-siapa yang mencari MUA sekitar Lembah Kelang... mahu harga berbaloi dan hasil yang terbaik cantik wajah uoolss nanti...boleh hubungi & follow cik adik ni yea..

ok sampai sini celoteh hari ini.
sekian, terima kasih.



Aku tak pandai makeup

Assalamualaikum readers & my lovely customers...

Hahahaa... tajuk entri bagai buka pekung di dada kan?... apa nak malu.. saya memang tak pandai makeup pun. Setakat calit2 lipstik, pakai eyeliner & sapu2 blusher merah menyala cam babydoll tu saya tau la...natural beauty la katakan...puiii poyo..

Sesekali teringin jugak nak cecantik tepek2 eyeshadow la..foundation la...mascara la kann. yela nak harapkan orang yang kejernyer bidang teknikal cam saya ni, mana nak make up nya... buat cair kena panas terik matahari jer. 
Kalau keje bahagian pentadbiran ke...personal assistant ke..memang la kena selalu nampak cantik je kan ?

Ok lah, jom la saya belanja tutorial cara2 makeup eyeshadow yang simple guna Urban Decay Naked2 Eyeshadow. Ni pun google je, boleh kot kita yang tak pandai makeup tu belajar sikit2.

Jom layan video kat bawah ni... chauuu chinnn chauuuu...


#Promote Cikit : Sesiapa yang tengah mencari juru make-up untuk apa2 majlis pun. Korang boleh cuba freelance makeup cik adik gebu montel ni..cantik make up dia Inshaa Allah harga pun berbaloi. Area KL & Klang Valley.
PM Facebook : Hidayah Razak (https://www.facebook.com/wentgojesmile)
Comey akak dalam pic ni ;-)




Hidup ini janganlah terlalu berkira

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi nafas lagi hari ini.. Syukur pada Mu Ya Allah, Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang.

Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara, kita gunakan lah semua nikmat Allah untuk mendapat keredhaan Nya. Allah beri kita rezeki dalam apa jua bentuk.
Rezeki Harta / Kewangan
Rezeki Anak
Rezeki Kasih Sayang
Rezeki Jodoh
Rezeki Ilmu
dan pelbagai lagi rezeki yang kita tak nampak.

Allah tak pernah berkira-kira dengan kita, tapi kita seringkali hidup dalam berkira-kira !!
Mungkin kita tidak berkira-kira dengan Allah, tapi kita berkira dengan rakan2, saudara mara, ibu bapa, adik beradik mahupun sesiapa sahaja yang tiada ikatan dengan kita.
Allah beri kita rezeki2 di atas tadi untuk kita kongsi bersama-sama semua.
Korang biasa tak jumpa atau mengalami sendiri perkara-perkara seperti di bawah :

Orang yang terlalu berkira bila di ajak keluar makan/minum kerana takut dia kena belanja.
Kau yang ajak, kau lah yang belanja (haaa..ni la yang biasa sebenarnya berlaku)

Takut bazir minyak kereta (alaa bukannya nak g makan jauh2 sampai berpuluh kilometer) tak luak banyak pun laahaiii.. bukan hari2 pun

Takut nanti balik opis tak dapat ruang parking (jika niat kita tu ikhlas, Allah pasti akan permudahkan)

Orang berbudi kita berbahasa (asyik si A jer belanja, mereka pulak buat derkkk jer) bukan tak ikhlas, ..ikhlas tapi bagaimana caranya nak ajar mereka ni maksud "setiap gaji @ rezeki yang Allah berikan pada kita, tanpa kita sedar ia adalah milik orang lain juga"

Bila si ABCD bawa sesuatu untuk dikongsi bersama-sama, orang2 itu lah yang pertama terpacak dulu, ambil pulak tu tak ingat orang belakang.

Bila Si E ajak kenduri nak bagi makan free lagi tu itupun masih berkira-kira nak datang ke tak (yelahhh nak gerak pun pakai duit /minyak kan... haa bagus lah pikir camtu, orang yang tak pikir panjang memang gitu, nanti kenduri ko pulak tak ada sapa nak datang - alaa orang camni apa heran orang datang ke tak kan? pastu bagi alasan tak munasah sebab tak dapat datang)

Kedekut nak kongsi ilmu (ni pun perkara biasa, tak nak orang lain lebih kedepan dari dia)

Nak bagi ke tak nak bagi nak bagi ke tak nak bagi (singgit dua tak luak pun gaji apabila kita bersedekah)

Jangan lah kita berkira-kira dalam segala hal. Tapi ada ketikanya kita juga berkira apabila keadaan ketika itu tidak mengizinkan.. jadi tak salah kamu berterus terang agar tiada yang bercakap tepi kain.. 

Kalau kita berkira-kira dalam buat amal kebaikan, takut Allah pula berkira-kira dgn kita : Tak dapat bayangkan sekiranya Allah berkira-kira dengan kita...
Contohnya, Allah tak bagi kita nikmat kesihatan, Allah tak beri kita zuriat, Allah tak beri kesenangan dan ketenangan dan macam2 lagi lah
Segala pelusuk dalam dunia ni milik Allah, kita tiada hak apa2 !!

Sedarlah diri..matangkan diri..pandang ke belakang semula apa yang kamu terlupa, apa yang kamu tertinggal, apa yang kamu abaikan, apa yang kamu tidak herankan. Aku tidak hebat seperti kamu, apa yang aku coretkan ini peringatan untuk diri aku yang sering juga alpa dan leka...
peliharalah aku & keluargaku, Ya Allah...



#terasa ke? Cam kena batang hidung jer...
"Tepuk dada..tanya hati"
Jangan bohong..
Allah Maha Mengetahui

~peace yoo~
Assalam



Ohhh BANTAL KEKABU

Assalamualaikum... hari ni pagi-pagi lagi kita dah menaip....
pe pasal yerkkk macam tu pulak tajuk entri kita ari ni...feeling feeling cotton gittttu..

Korang tau tak kekabu tu apa? kalau nak tau sila google sendiri ya...tak tau aku nak explain kekabu tu camna.. ;-p
Kami sekeluarga memang peminat kekabu ni, kalau tido tak pakai bantal kekabu tu..sok pagi bangun kompom sakit tengkuk weiiii... ntah lah apa magic bantal kekabu ni aku pun tarak tau..orang yang gila kekabu jer pahamm.
Aku nak jamu sikit kat korang gambar ni...Aku bukan jual tau, kali ni aku pulak yang membeli..beli borong lagi nyahhh...beli banyak dapat murah lagi.

Disebabkan keramahan aku (haaa aku angkat bakul kejap) bila time nak balik makcik jual tu siap bagi free lagi bantal untuk bebudak...hahaaa rezeki anak-anak la katakan..
ok la kan, dah la dapat harga diskaun pastu dapat free bantal lagi..fuuhhhh best.


Aku beli 9 biji bantal kepala, 1 biji bantal peluk panjang, 1 set cadar baby pink cartoon pooh tu.
Bantal budak color hijau tu dapat free ya.. 
Set bantal + tilam baby tak termasuk dalam entri memborong aku kali ni tau,  set tu aku beli dah lama sebelum bersalin anak sulong dulu tahun 2009 aku beli kat kedai makcik ni jugak masa tu.
Sekarang anak aku dah 3 orang..still guna tilam yang sama...Haa nampak tak..tilam kekabu tahan lama kan? Korang pandai jaga..elokla tahan lama.

Hero Ibu sorang ni, pantang nampak camera..posing sikitttt

Korang tau tak cara nak jaga bantal-bantal kekabu ni?
Meh sini aku nak bagitau, bantal kekabu ni kita kena jaga elok-elok ya. Lepas guna tu, tepuk2 bantal tu bagi gembur2 sikit kekabunya. kalau rajin seminggu ke 2 minggu sekali jemur bawah sinaran matahari, kalau agak2 malas tu sebulan sekali pun tak pe. Aku pulak pemalas kuasa 2..hehehh. 
Bila jemur tu kita dapat hilangkan bau2 peluh yang melekat kat bantal. Pastikan jangan terkena air ya, kekabu boleh rosak strukturnya kalau kena air..nanti berketul2 pulak kekabunya.Terkena sikit tak per lagi..kalau banyak kena air alamatnya bantal tu jadi keras kejung ler. 

Aku beli kat sini ya kengkawan..Alhamdulillah buat masa ni aku still puashati lagi dengan kualiti bantal-bantalnya. Korang pun boleh la cuba juga..

Makcik...ooo makcik saya dapat komisen tak, nak iklan kedai makcik ni.... kihkihhh

Aku beli kat kedai makcik yang baik hati ni..
Kedai Kekabu Hajjah Safeah (Warisan Bantal Pokok Kekabu Asli)
Ini gambar lama ya kengkawan, sekarang kedai makcik dah baru. Masa aku datang memborong bantal tu, kedai ni baru dibaikpulih disebabkan kebakaran. Aku tak pasti la jadual waktu niaga kedai nya ya..lupa pulak nak tanya. Rasanya buka kot setiap hari dari pagi hingga petang. 

Ni aku bagi google map pelan ke kedai...mungkin sedikit sebanyak dapat bantu korang nak g sana nanti..

Gambar 1st kat bawah ni kabur la, malas pulak aku nak mengedit balik.
Kedai ni dekat sungai buloh selangor. Aku tinggal kat shah alam, so aku bagi direction dari shah alam ya..
Ikut Guthrie Expressway menghala ke utara exit Sg. Buloh belah kiri, korang terus jumpa traffic light pertama, korang terus lagi dlm 500m belah kiri akan jumpa kedai makcik ni sebelum selekoh kiri & sebelum traffic light Aman Putri.



Ok lah.. bagi peminat kekabu tu boleh la jemput datang ke kedai makcik ni ya.. 
selamat feeling feeling cotton...

Assalam for today.













ISI HATI YANG SERING DILIHAT