Assalamualaikum... hari ni pagi-pagi lagi kita dah menaip....
pe pasal yerkkk macam tu pulak tajuk entri kita ari ni...feeling feeling cotton gittttu..
Korang tau tak kekabu tu apa? kalau nak tau sila google sendiri ya...tak tau aku nak explain kekabu tu camna.. ;-p
Kami sekeluarga memang peminat kekabu ni, kalau tido tak pakai bantal kekabu tu..sok pagi bangun kompom sakit tengkuk weiiii... ntah lah apa magic bantal kekabu ni aku pun tarak tau..orang yang gila kekabu jer pahamm.
Aku nak jamu sikit kat korang gambar ni...Aku bukan jual tau, kali ni aku pulak yang membeli..beli borong lagi nyahhh...beli banyak dapat murah lagi.
Disebabkan keramahan aku (haaa aku angkat bakul kejap) bila time nak balik makcik jual tu siap bagi free lagi bantal untuk bebudak...hahaaa rezeki anak-anak la katakan..
ok la kan, dah la dapat harga diskaun pastu dapat free bantal lagi..fuuhhhh best.
Aku beli 9 biji bantal kepala, 1 biji bantal peluk panjang, 1 set cadar baby pink cartoon pooh tu.
Bantal budak color hijau tu dapat free ya..
Set bantal + tilam baby tak termasuk dalam entri memborong aku kali ni tau, set tu aku beli dah lama sebelum bersalin anak sulong dulu tahun 2009 aku beli kat kedai makcik ni jugak masa tu.
Sekarang anak aku dah 3 orang..still guna tilam yang sama...Haa nampak tak..tilam kekabu tahan lama kan? Korang pandai jaga..elokla tahan lama.
Hero Ibu sorang ni, pantang nampak camera..posing sikitttt
Korang tau tak cara nak jaga bantal-bantal kekabu ni?
Meh sini aku nak bagitau, bantal kekabu ni kita kena jaga elok-elok ya. Lepas guna tu, tepuk2 bantal tu bagi gembur2 sikit kekabunya. kalau rajin seminggu ke 2 minggu sekali jemur bawah sinaran matahari, kalau agak2 malas tu sebulan sekali pun tak pe. Aku pulak pemalas kuasa 2..hehehh.
Bila jemur tu kita dapat hilangkan bau2 peluh yang melekat kat bantal. Pastikan jangan terkena air ya, kekabu boleh rosak strukturnya kalau kena air..nanti berketul2 pulak kekabunya.Terkena sikit tak per lagi..kalau banyak kena air alamatnya bantal tu jadi keras kejung ler.
Aku beli kat sini ya kengkawan..Alhamdulillah buat masa ni aku still puashati lagi dengan kualiti bantal-bantalnya. Korang pun boleh la cuba juga..
Makcik...ooo makcik saya dapat komisen tak, nak iklan kedai makcik ni.... kihkihhh
Aku beli kat kedai makcik yang baik hati ni..
Kedai Kekabu Hajjah Safeah (Warisan Bantal Pokok Kekabu Asli)
Ini gambar lama ya kengkawan, sekarang kedai makcik dah baru. Masa aku datang memborong bantal tu, kedai ni baru dibaikpulih disebabkan kebakaran. Aku tak pasti la jadual waktu niaga kedai nya ya..lupa pulak nak tanya. Rasanya buka kot setiap hari dari pagi hingga petang.
Ni aku bagi google map pelan ke kedai...mungkin sedikit sebanyak dapat bantu korang nak g sana nanti..
Gambar 1st kat bawah ni kabur la, malas pulak aku nak mengedit balik.
Kedai ni dekat sungai buloh selangor. Aku tinggal kat shah alam, so aku bagi direction dari shah alam ya..
Ikut Guthrie Expressway menghala ke utara exit Sg. Buloh belah kiri, korang terus jumpa traffic light pertama, korang terus lagi dlm 500m belah kiri akan jumpa kedai makcik ni sebelum selekoh kiri & sebelum traffic light Aman Putri.
Ok lah.. bagi peminat kekabu tu boleh la jemput datang ke kedai makcik ni ya..
selamat feeling feeling cotton...
Assalam for today.