PINNED POST

BANYAK ENTRY DIBUANG

Showing posts with label Kongsi Resepi Ringkas. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Resepi Ringkas. Show all posts

RESEPI RENDANG AYAM TRADISI NENEK PESAH


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di sini saya kongsikan resepi rendang ayam dari arwah nenek kesayangan saya buat semua.
Sebelum itu, saya mohon agar kita sedekahkan surah Al-Fatihah (dibaca) buat arwah nenek Pesah binti Nodi.


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. Semoga arwah nenek di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman beramal soleh.
Ameenn.

Okay, Resepi Rendang Ayam Tradisi Nenek Pesah ini menggunakan ayam kampung atau ayam tua.
Tempoh masa memasak rendang ini adalah 3 hingga 4 jam memandangkan ayam kampung / ayam tua mempunyai isi yang liat, tetapi lembut dan sangat sedap setelah dimasak.
Sudah namanya tradisi, pastinya saya mengikut cara memasak biasa di dapur selama 3 hingga 4 jam. 
Zaman semakin berubah, pelbagai gajet dapur yang ada masa kini, bagi sesiapa yang ingin cepat menggunakan periuk tekanan tinggi (pressure cooker) untuk melembutkan ayam terlebih dahulu pun tak ada masalah.
Pilihan saya tetap gunakan cara lama kerana saya telah pun mencuba menggunakan pressure cooker dan hasilnya tidak memuaskan tekak saya. Terpulang...pillihan cara memasak ditangan anda.
Resepi di bawah untuk seekor ayam, sila gandakan bahan-bahan jika ingin lebih banyak.
  
RESEPI RENDANG AYAM TRADISI NENEK PESAH 

1 ekor ayam kampung / ayam tua
Daun Salam
Kerisik 1.5 sudu besar
Santan Perah sebiji kelapa atau jika tak ada, ingin gunakan santan kotak +-200ml pun boleh.
Air
Garam
Gula
Perasa makanan (jika suka)

* Bahan Kisar 1
*3 ulas serai
*4 biji bawang besar
*10 biji bawang kecil
*15 ulas bawang putih
*4-5 inci halia
*2 inci kunyit hidup
*2 inci lengkuas

** Bahan Kisar 2 
Cili kering segenggam (rebus & kisar) - kurangkan jika tak nak pedas

Cara memasak lihat gambar :


1. Masukkan ayam yang telah dipotong bersama daun salam, garam, gula, perasa makanan, bahan kisar 1 dan bahan kisar 2 ke dalam kuali (INGAT YA, RESEPI INI TIDAK MENGGUNAKAN MINYAK MASAK UNTUK MENUMIS). Masak sehingga pecah minyak dan agak kering. Waktu ini sila gunakan api kecil, kacau masakan supaya tidak hangus. Jangkaan tempoh masa 30 hingga 45 minit.


2. Setelah kering dan pecah minyak, masukkan air yang banyak sehingga penuh kuali. Gunakan api sederhana waktu ini. Proses ini memakan masa yang lama, dalam 15 ke 20 minit sekali boleh kacau kuali. Masak sehingga hampir kering. Jangkaan tempoh masa 1 hingga 1.5 jam.


3. Sila ULANG cara memasak no.2 (sehingga anda betul-betul pasti isi ayam telah agak lembut... saya ulang ya.. isi ayam agak lembut BUKAN hancur tau). Jangkaan tempoh masa 1 hingga 1.5 jam.


4. Setelah isi ayam agak lembut dan masakan hampir kering boleh lah masukkan santan dan kerisik. Masak lagi sehingga kering (bagi yang suka agak basah, tidak perlu sehingga betul-betul kering).
ok, siap boleh la dihidangkan bersama nasi panas ke nasi impit ke lemang ke lontong ke...alahhh..semua boleh lahhh.

oh ya.. sedikit tips..
  • Pastikan masakan betul-betul PECAH MINYAK di cara memasak no.1 sebelum tuang air, minyak tersebut terhasil dari lemak ayam itu sendiri. Step no.1 jika anda tak sabar...tak menjadi lah rendang tradisi yang sebetulnya.
  • Jika tak ada daun salam...boleh la gunakan daun limau purut. Penggunaan daun salam dalam masakan rendang adalah lebih sedap.
 Semua resepi yang dikongsikan adalah cara saya, kita semua mempunyai cara yang berbeza walaupun asas memasaknya adalah sama. 
Selamat menjamu selera dan semoga bermafaat.

#kongsiresepi #resepiringkas #zulizazulkepli #rendangtradisinenek #rendangnenek

IKAN GORENG SAMBAL CILI MERAH


IKAN GORENG SAMBAL CILI MERAH

Bahan - 1
Ikan Kembung 8-10 ekor (apa juga jenis ikan pun boleh)
Serbuk Kunyit
Garam
Minyak masak

Cara Penyediaan Bahan - 1
1. Ikan dilumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Goreng ikan sehingga garing.
3. Angkat, tapis minyak dan ketepikan.

Bahan - 2
Cili Merah 10 - 15 biji (ikut suka nak pedas mana) - dikisar
Bawang Putih 3 ulas (tumbuk halus/kisar bersama cili)
Bawang Merah Besar 3 - 4 biji (dihiris nipis)
Garam
Gula
Perasa (jika suka)
Baki minyak menggoreng ikan (3-5 sudu besar)

Cara Penyediaan Bahan - 2
1. Bawang Besar ditumis hingga agak layu bersama baki minyak ikan tadi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Perasakan bahan tumisan dengan garam, gula dan perasa tambahan (jika suka).
4. Kemudian masukkan ikan yang telah dioreng tadi ke dalam sambal ikan yang telah siap dimasak. Gaul sebati, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Siap Resepi Ringkas Hari Ini.
Semoga bermafaat.

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BUAT NIAGA


Ayam goreng kunyit ni mudah dan cepat nak sediakan, anak-anak pun suka.
Di sini saya kongsikan cara saya tau, bagi saya mudah dan ringkas serta sedap. Dalam resepi ini, saya ada gunakan rempah kari ikan..saya tak gunakan rempah kari ayam...ermmm entah lah bagi tekak saya lebih enak gunakan rempah kari ikan. Siapa yang nak tambah pendapatan tu boleh lah ambil resepi ini buat niaga Nasi Ayam Goreng Kunyit..saya halalkan, air tangan kan berbeza apa de hal...hihi.
Oh ya, saya kalau memasak main agak-agak je kuantiti bahan-bahan yang akan dicampak dalam kuali tu almaklumlah saya bukannya terorrrr memasak..jadi korang kena try & error la ya..
Ni resepinya...semoga bermafaat

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan Perapan
 Ayam setengah ekor (Dipotong kecil / dadu lebih kurang 2 ke 3 inci)
Serbuk Kunyit - 2 sudu besar
Serbuk Kari Ikan - 3 @ 4 sudu besar
Serbuk Lada Putih @ Serbuk Lada Hitam - 1 sudu besar
Serbuk Cili ( jika mahu lebih pedas) - 1 sudu besar
Halia (ditumbuk halus) 4-5 Inci
Bawang Putih (ditumbuk halus) - 10 ulas
Tepung Jagung - 2 sudu besar
Tepung Beras - 5 sudu besar
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
**Perap ayam bersama bahan-bahan perapan selama 30-40 minit

Bahan-bahan Pelengkap / Hiasan
Cili Merah (dihiris nipis)
Bawang Besar (dihiris)
Daun Bawang
Bunga Kubis
Kacang Panjang

Cara-caranya :
  1. Goreng ayam yang telah diperap sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
  2. Tinggalkan sedikit baki minyak goreng tadi untuk tumis sebentar bahan-bahan pelengkap dalam 2-3 minit. Padamkan api kuali, masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati bersama bahan-bahan yang ditumis.
  3. Angkat & sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan salad (tabur sedikit serbuk lada putih..ermm sedaapp)
Selamat menjamu selera.
Terima kasih.



RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS RINGKAS SEDAP MENJILAT JARI


Assalamualaikum readers,
Ini adalah resepi dari air tangan saya sendiri, biasanya masak asam pedas ni lebih kurang sama je ingredients yang biasa uolls buat tu. Saya kurang suka jenis asam pedas berempah, jadi simple je bahan-bahan yang saya gunakan. 
Air tangan setiap orang berbeza kan?..sedap ke tak sedap bergantung cara kita mengolah rasa masakan. Ok, ini resepi dari dapur saya..semoga bermafaat.

Bahan-bahan :
Ayam 1 ekor (potong ikut suka)
*cili kering segenggam (kurangkan jika tak nak pedas)
*belacan secubit kecik (kalau tak ada tak apa)
*serai 2 ulas
*bawang besar merah 3 biji
*bawang putih 6-8ulas
*halia 2cm
*kunyit 2cm
Serai 1 ulas (diketuk)
Tomato 2 biji (potong 2)
Bendi 6-8 biji
Daun kesum
Bunga kantan 1 
Air asam jawa (ikut nak masam mana)
Garam
Gula
Serbuk perasa (jika suka)
Minyak masak untuk menumis

Mesin halus bahan-bahan bertanda *

Cara-caranya :
  1. Tumis serai ketuk dalam 10 saat & masukkan bahan yang dimesin, tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, gaulkan masakan dalam 10minit api sederhana, kemudian masukkan air asam jawa beserta daun kesum & bunga kantan.
  3. Setelah agak menggelegak perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa (jika suka). Akhir sekali masukkan bendi & tomato. 
  4. Jika mahu lebih berkuah, sila tambah air kosong & jangan lupa rasa garam gulanya ya, nanti terlebih cair..tawar pula rasanya.
  5. Ok siap hidangan hari ini.. Selamat mencuba ya. 
Alhamdulillah.



RESEPI SAYUR CAMPUR SEDAP & RINGKAS


Assalamulalaikum readers...
Sayur campur ini adalah kegemaran anak bongsu saya Thifal Zahra. Si kecil 2 tahun tu memang amat menyenangkan ibu, sebabnya tak cerewet dalam memilih makanan. Apa jua jenis sayur menjadi pujaan dia... minah sayur la kita panggil hahhhhaa..

Sini saya kongsi menu sayur campur yang mudah disediakan, ringkas & cepat.
  1. Tumis bawang merah & bawang putih, agak kekuningan masukkan fish ball dan tumis lagi dalam 1 minit.
  2. Kemudian, masukkan saja sayur-sayur pilihan anda. Kalau ikutkan menu saya seperti gambar, saya gunakan bunga kubis, brokoli, carrot, cendawan, baby corn dan cili benggala. (kombinasi sayur ini ada terjual di pasaraya yang telah siap dibungkus dalam 1pek)
  3. Akhir sekali, masukkan garam & secubit kiub perasa ayam...oh ya.. letak sedikit air jika mahu berkuah ya....kering sangat pun kurang enak.
Ok, selamat menjamu selera.
Terima kasih.

#resepiringkas #zulizazulkepli

UDANG GORENG BUNGA KUBIS


Ibu-ibu yang bekerja pastinya mengejar masa untuk menyediakan hidangan makan malam buat keluarga. Menu apa yang biasa anda dapat sediakan dalam masa yang singkat ?
Alhamdulillah, ini sahaja menu utama yang sempat saya sediakan buat keluarga setelah pulang agak lewat dari tempat kerja. Baki ikan masak asam pedas malam tadi pun masih ada lagi.... jadi kita panaskan aje. Syukur juga suami & anak-anak tidak pernah merungut walau ada masa-masa yang ibu hanya sempat goreng telo je. Alhamdulillah mereka makan seadanya apa yang terhidang.

UDANG GORENG BUNGA KUBIS
  1. Udang digaul sebentar dengan serbuk kunyit, sedikit serbuk lada hitam & garam.
  2. Goreng udang separuh masak (sekejap sahaja), angkat ketepikan.
  3. Tumis bawang besar & bawang putih yang dihiris nipis serta masukkan bunga kubis atau sayur pilihan anda...tumis dalam 1 minit (waktu ini saya suka gunakan api besar) seterusnya masukkan udang tadi gaul bagi sebati dengan rasa bahan-bahan tumisan.
  4. Jika suka sedikit masin, boleh tambahkan secubit garam.
Siap, selamat menjamu selera.
Terima kasih

#resepiringkas #zulizazulkepli

AYAM MASAK LEMAK CILI API TANPA BAWANG SIMPLE

Assalamualaikum & Selamat Petang readers...
Curi-curi masa sikit petang ni, saya nak share salah satu masakan kegemaran anak-anak saya. Masakan kampung ini juga yang selalu mak saya masakkan untuk kami adik beradik.

Masakan dan resepi ini cara saya dan setiap orang ada cara yang berbeza.. jom kita masak...

Bahan-bahan :
Ayam 1 ekor
Santan dari 1 setengah biji kelapa
(biasanya saya guna 2 biji kelapa parut, lepas tu perah dapatkan santannya)
Serai 2 batang diketuk
  *Cili api hijau segenggam dimesin 
(ikut selera masing2, saya suka pedas)
Serbuk kunyit 
(kalau ada kunyit hidup lagi baik)
*Halia 4cm
Tomato 2 biji belah dua
Garam
Gula

Ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih, masukkan dalam kuali/periuk
dimasak dengan api kecil. Serai & kentang masukkan je sekali. Panaskan tanpa minyak ya, kita nak keluarkan air isi ayam tadi tu. 

Saya guna kuali legend ni.. abaikan hitam kuali tu.. hitam manis itu kan menawannn


Panaskan dan gaul-gaul ayam dalam 5 minit, suku masak camtu. Lepas tu bolehlah masukkan cili yang telah dimesin bersama halia ke dalam kuali. Oh ya, letakkan sedikit serbuk kunyit. Jika kat rumah ada daun kunyit, boleh la masukkan sekali ya. Okay, teruskan kacau dan masak sebentar bagi kering sedikit air cili tadi.


Setelah itu, masukkan santan ke dalam kuali. sesetengah orang suka buat 2 bahagian, 1 santan cair, 1 lagi santan pekat dimasukkan akhir nanti bila ayam dah hampir masak... erm saya pilih nak yang simple, cepat dan mudah.. janji sedap dimakan. 
Masak guna santan ni, kena rajin kacau atau gaul sikit2 kuah supaya santan nanti tidak berketul-ketul. 
Okay, kacau hingga pecah minyak dan ayam masak sepenuhnya.
Masukkan tomato ya. ehh jangan lupa perasakan dengan gula dan garam tau. bila ada garam baru lah sedap masakan tu kan..saya tak gunakan pak aji tau.


nah.. siap dimasak sedia dihidang. Kegemaran suami dan anak-anak gulai ayam masak lemak cili api ni. dah namanya cili api..mestilah kita buat pedas kan. Alhamdulillah kami sekeluarga makan pedas, mudah nak masak sekali. tak payah masak asing-asing pedas & tak pedas. 
memang saya tak gunakan bawang dalam masakan ni...nahhh jimat kan cik bawang dalam bakul tu hihiii 😆


taaaadaaaaaaa... jom makan dengan nasi panas-panas. Saya suka bubuh kicap kat nasi panas,
kuah bagi banjir 😉



meh la.. kita share share resepi

terima kasih












BIHUN GORENG DAGING CARAKU

Rutin seperti biasa aku bila hujung minggu memasak ler.. start dari makan pagi hingga la malam..sebab my mr.sado & anak2 lebih suka makan makanan aku masak sendiri.. Tapi, korang jangan budget aku ni rajin jer memasak, kadang2 tu pemalas gak masak..sesekali tak salah kan kita tapauuu jer kat kedai.

Ni aku nak kongsi cara aku buat bihun goreng.. ini cara aku masak la..pakai belasah jer janji sedap. Masing2 ada cara masing2 kan??.. so, apa yang ada dalam peti ais tu jer aku belasah dalam kuali.. 

Bahannya :
BAHAN A
1/2 bungkus bihun 
2 1/2 biji bawang besar
4@5 biji bawang putih
sedikit ikan bilis
1cm belacan
sedikit udang kering
5@7 biji cili kering
5 biji cili api
1 biji cili merah
# sila kurangkan cili jika tak mau pedas ya

BAHAN B
Daging siap potong dalam segenggam
2 biji telur ayam
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sayur sawi
Minyak untuk menumis

BAHAN HIASAN
Daun bawang
bawang goreng


Semua bahan A ni perlu dikisar halus ya...pastu simpan ketepi jab.

Okay jom kita mula masak..

Mula2 panas 2 sudu minyak dalam kuali, kita goreng 2biji telur siap basuh tauu

cenggini rupanya ya.. kacau2 cam nak buat telur hancur tu (tak payah bubuh garam tau!)

Bila dah siap sila ketepikan sebentar 

Proses menumis, pakai dalam 4-6 sudu besar minyak (ikut kesuaian korang)
Daging ni balance aku rebus untuk buat sup semalam, aku pakai dalam segenggam. korang hiris siap2 dulu..

.
Tumis Daging + Bahan A + Sos Cili & Sos Tomato hingga pecah minyak. Bubuh garam + gula secukup rasa


Masukkan bihun yang dah siap celur termasuk sayur sawi juga... pastu kacau berhati2 supaya bihun tidak hancur & tidak banyak putus.


Bila bihun dah sebati dengan bahan tumisan, boleh lah korang masukkan telur hancur tadi. Gaul sebati dalam 5 minit.


pastuuuu... ookayyyyyy siap...leh ler angkat dan hiaskan bersama daun bawang + bawang goreng..
ermmm cedappp. Bismillah












Telur Dadar goreng biasa jerr

Assalamualaikum..
Hai kawan telur dadar pun nak cerita ker?

Haahaaa mesti ada geng-geng hati selaput itam yang akan cakap camtu kan?
Aku saja ja uat entri ni, sajaaa nak kongsi cara buat telur dadar goreng, 
Aku tau la korang tu memang teror bab masak2 ni..aku ni masak mana la pandai , main campak2 jer, asal kena tekak aku laki bini anak beranak jadilahh..
Fikir positif..Fikir positif..kot2 kat luar tu ada rakan2 kita yang sememangnya nak goreng telur pun tak tau..mana la tau kan? so entri ni kot2 dapat la bantu sikit2.

Kat bawah ni resepi telur dadar goreng biasa ja... nextime kita upgrate sikit okay... macam2 boleh jadi dengan telur ni..okay lah nextime aku try & error

RESEPI TELUR DADAR GORENG
Bahan2 nya:

2 biji telur ayam
1/4 hirisan bawang (ikut suka nak bawang besar ke kecik ker)
2 biji cili api/merah di hiris halus (taknak cili pun boleh)
Garam secubit sikit
Sedikit minyak untuk menggoreng

Caranya:
Pecahkan telur , satukan semua bahan dalam 1 mangkuk kecuali minyak & kacau dengan garfu hingga sikit kembang.
Panas kan minyak dalam kuali dan masukkan telur tadi untuk digoreng. Sila kawal api agar telur tidak hangus dan terbalik-terbalikkan telur supaya masak sekata. 


Tak sampai 5 minit dah siap. dah jom g makan dengan nasi panas tambah kicap bilal.
sluurrrppppp...



TERUNG GORENG CILI API KICAP

Balik dari opis lagi memang dah decide nak masak ringkas2 ja tapi pedas... biasa la aku laki bini memang makan pedas ja... tak pedas tak lalu makan.. hahaha gitu orang melayu... 
 Bukak peti ais tengok2 ada terung, so aku rasa keje masak kilat paling cepat ialah
TERUNG GORENG CILI API KICAP

Disebabkan nak cepat sangat tak teringat pulak aku nak hambik gambar bahan2nya. Gambar dah siap je aku sempat amik.. so aku google jer untuk korang bahan2nya ya..(jangan silap sayur pulak ya bila g pasar tu tau...nak beli terung korang g beli carrot pulak, aku dah bagi gambar tu .. hehehhheh)


Bahan-bahannya :

4 BIJI TERUNG 
(aku guna terung kontot2 je, gambar ni terung panjang. ikut suka korang la nak terung jenis apapun)

2 BIJI CILI MERAH

10 BIJI CILI PADI
(kurangkan cili jika tak nak pedas)


1 BIJI BAWANG BESAR

2 SUDU BESAR KICAP PEKAT 
(ni kicap feveret aku, korang leh guna kicap apa2 brand pun)

SEDIKIT IKAN BILIS 
Image result for ikan bilis

SECUBIT BELACAN

SEDIKIT MINYAK MASAK UTK MENUMIS


Cara-caranya :
1. Terung dipotong kecil (1-2inci)
2. Bawang besar bahagi dua. Separuh utk dimesin, separuh lagi dipotong/hiris halus.
3. Mesin cili merah, cili api, belacan & bawang separuh.
4. Goreng ikan bilis hingga garing (ketepikan)
5. Tumis Bawang besar yang telah dihiris tadi sebentar kemudian masukkan terung.
6. Masukkan bahan mesin dan kicap. Tumis hingga separa kering masukkan sedikit sahaja garam dan gula ikut rasa.
7. Tumisan dah hampir kering boleh lah masukkan ikan bilis yang telah digoreng td.
8. Kacau sekejap, pastu dah siapppp...angkat dan hidangkan.

tadaaaaaaaaaaa...... pedas terangkat !!


Cukup untuk 2-3 orang dewasa.. 
Tapi aku kuat melantak, setakat banyak ni aku pun leh abiskan..huhuu

Okay kengkawan, try la yea.. simple jer. Ada masa kongsi la resepi dengan kita ya..









ISI HATI YANG SERING DILIHAT