Ibu-ibu yang bekerja pastinya mengejar masa untuk menyediakan hidangan makan malam buat keluarga. Menu apa yang biasa anda dapat sediakan dalam masa yang singkat ?
Alhamdulillah, ini sahaja menu utama yang sempat saya sediakan buat keluarga setelah pulang agak lewat dari tempat kerja. Baki ikan masak asam pedas malam tadi pun masih ada lagi.... jadi kita panaskan aje. Syukur juga suami & anak-anak tidak pernah merungut walau ada masa-masa yang ibu hanya sempat goreng telo je. Alhamdulillah mereka makan seadanya apa yang terhidang.
UDANG GORENG BUNGA KUBIS
- Udang digaul sebentar dengan serbuk kunyit, sedikit serbuk lada hitam & garam.
- Goreng udang separuh masak (sekejap sahaja), angkat ketepikan.
- Tumis bawang besar & bawang putih yang dihiris nipis serta masukkan bunga kubis atau sayur pilihan anda...tumis dalam 1 minit (waktu ini saya suka gunakan api besar) seterusnya masukkan udang tadi gaul bagi sebati dengan rasa bahan-bahan tumisan.
- Jika suka sedikit masin, boleh tambahkan secubit garam.
Siap, selamat menjamu selera.
Terima kasih
#resepiringkas #zulizazulkepli