PINNED POST

BANYAK ENTRY DIBUANG

Showing posts with label Celoteh Ku Hari ini. Show all posts
Showing posts with label Celoteh Ku Hari ini. Show all posts

RESEPI RENDANG AYAM TRADISI NENEK PESAH


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di sini saya kongsikan resepi rendang ayam dari arwah nenek kesayangan saya buat semua.
Sebelum itu, saya mohon agar kita sedekahkan surah Al-Fatihah (dibaca) buat arwah nenek Pesah binti Nodi.


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. Semoga arwah nenek di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman beramal soleh.
Ameenn.

Okay, Resepi Rendang Ayam Tradisi Nenek Pesah ini menggunakan ayam kampung atau ayam tua.
Tempoh masa memasak rendang ini adalah 3 hingga 4 jam memandangkan ayam kampung / ayam tua mempunyai isi yang liat, tetapi lembut dan sangat sedap setelah dimasak.
Sudah namanya tradisi, pastinya saya mengikut cara memasak biasa di dapur selama 3 hingga 4 jam. 
Zaman semakin berubah, pelbagai gajet dapur yang ada masa kini, bagi sesiapa yang ingin cepat menggunakan periuk tekanan tinggi (pressure cooker) untuk melembutkan ayam terlebih dahulu pun tak ada masalah.
Pilihan saya tetap gunakan cara lama kerana saya telah pun mencuba menggunakan pressure cooker dan hasilnya tidak memuaskan tekak saya. Terpulang...pillihan cara memasak ditangan anda.
Resepi di bawah untuk seekor ayam, sila gandakan bahan-bahan jika ingin lebih banyak.
  
RESEPI RENDANG AYAM TRADISI NENEK PESAH 

1 ekor ayam kampung / ayam tua
Daun Salam
Kerisik 1.5 sudu besar
Santan Perah sebiji kelapa atau jika tak ada, ingin gunakan santan kotak +-200ml pun boleh.
Air
Garam
Gula
Perasa makanan (jika suka)

* Bahan Kisar 1
*3 ulas serai
*4 biji bawang besar
*10 biji bawang kecil
*15 ulas bawang putih
*4-5 inci halia
*2 inci kunyit hidup
*2 inci lengkuas

** Bahan Kisar 2 
Cili kering segenggam (rebus & kisar) - kurangkan jika tak nak pedas

Cara memasak lihat gambar :


1. Masukkan ayam yang telah dipotong bersama daun salam, garam, gula, perasa makanan, bahan kisar 1 dan bahan kisar 2 ke dalam kuali (INGAT YA, RESEPI INI TIDAK MENGGUNAKAN MINYAK MASAK UNTUK MENUMIS). Masak sehingga pecah minyak dan agak kering. Waktu ini sila gunakan api kecil, kacau masakan supaya tidak hangus. Jangkaan tempoh masa 30 hingga 45 minit.


2. Setelah kering dan pecah minyak, masukkan air yang banyak sehingga penuh kuali. Gunakan api sederhana waktu ini. Proses ini memakan masa yang lama, dalam 15 ke 20 minit sekali boleh kacau kuali. Masak sehingga hampir kering. Jangkaan tempoh masa 1 hingga 1.5 jam.


3. Sila ULANG cara memasak no.2 (sehingga anda betul-betul pasti isi ayam telah agak lembut... saya ulang ya.. isi ayam agak lembut BUKAN hancur tau). Jangkaan tempoh masa 1 hingga 1.5 jam.


4. Setelah isi ayam agak lembut dan masakan hampir kering boleh lah masukkan santan dan kerisik. Masak lagi sehingga kering (bagi yang suka agak basah, tidak perlu sehingga betul-betul kering).
ok, siap boleh la dihidangkan bersama nasi panas ke nasi impit ke lemang ke lontong ke...alahhh..semua boleh lahhh.

oh ya.. sedikit tips..
  • Pastikan masakan betul-betul PECAH MINYAK di cara memasak no.1 sebelum tuang air, minyak tersebut terhasil dari lemak ayam itu sendiri. Step no.1 jika anda tak sabar...tak menjadi lah rendang tradisi yang sebetulnya.
  • Jika tak ada daun salam...boleh la gunakan daun limau purut. Penggunaan daun salam dalam masakan rendang adalah lebih sedap.
 Semua resepi yang dikongsikan adalah cara saya, kita semua mempunyai cara yang berbeza walaupun asas memasaknya adalah sama. 
Selamat menjamu selera dan semoga bermafaat.

#kongsiresepi #resepiringkas #zulizazulkepli #rendangtradisinenek #rendangnenek

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BUAT NIAGA


Ayam goreng kunyit ni mudah dan cepat nak sediakan, anak-anak pun suka.
Di sini saya kongsikan cara saya tau, bagi saya mudah dan ringkas serta sedap. Dalam resepi ini, saya ada gunakan rempah kari ikan..saya tak gunakan rempah kari ayam...ermmm entah lah bagi tekak saya lebih enak gunakan rempah kari ikan. Siapa yang nak tambah pendapatan tu boleh lah ambil resepi ini buat niaga Nasi Ayam Goreng Kunyit..saya halalkan, air tangan kan berbeza apa de hal...hihi.
Oh ya, saya kalau memasak main agak-agak je kuantiti bahan-bahan yang akan dicampak dalam kuali tu almaklumlah saya bukannya terorrrr memasak..jadi korang kena try & error la ya..
Ni resepinya...semoga bermafaat

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan Perapan
 Ayam setengah ekor (Dipotong kecil / dadu lebih kurang 2 ke 3 inci)
Serbuk Kunyit - 2 sudu besar
Serbuk Kari Ikan - 3 @ 4 sudu besar
Serbuk Lada Putih @ Serbuk Lada Hitam - 1 sudu besar
Serbuk Cili ( jika mahu lebih pedas) - 1 sudu besar
Halia (ditumbuk halus) 4-5 Inci
Bawang Putih (ditumbuk halus) - 10 ulas
Tepung Jagung - 2 sudu besar
Tepung Beras - 5 sudu besar
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
**Perap ayam bersama bahan-bahan perapan selama 30-40 minit

Bahan-bahan Pelengkap / Hiasan
Cili Merah (dihiris nipis)
Bawang Besar (dihiris)
Daun Bawang
Bunga Kubis
Kacang Panjang

Cara-caranya :
  1. Goreng ayam yang telah diperap sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
  2. Tinggalkan sedikit baki minyak goreng tadi untuk tumis sebentar bahan-bahan pelengkap dalam 2-3 minit. Padamkan api kuali, masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati bersama bahan-bahan yang ditumis.
  3. Angkat & sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan salad (tabur sedikit serbuk lada putih..ermm sedaapp)
Selamat menjamu selera.
Terima kasih.



DOA AGAR TERHINDAR WABAK PENYAKIT



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Allahu Akbar... Ya Allah.

Sesungguhnya segala musibah yang terjadi ada hikmahnya tersendiri. Musibah Covit-19 ini adalah amaran kecil dari Allah agar manusia kembali kepada Nya. Kita adalah insan yang mudah lalai dan alpa, sesekali Allah jentik kita agar kita sedar yang dunia ini adalah sementara.

Sunggupun begitu, bersangka baiklah kita dengan Allah. Ada sedikit artikel yang saya ambil dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan bersangka baik dengan Allah atau seumpamanya serta dijelaskan ada Hadis Jabir seperti berikut :

--------------------------------------------------------
Berdasarkan kepada hadis Jabir, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum Baginda wafat:

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

Maksudnya: Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu tidak akan menemui maut melainkan dia telah bersangka baik kepada Allah.

Riwayat Muslim (2877)

Antara maksud dalam hadis ini adalah wajib bagi setiap orang yang beriman untuk bersangka baik dengan Allah. Dan ini hendaklah ditambah lagi sangkaan baik ketika mana berlakunya musibah dan hampir mati.
--------------------------------------------------------

Kini kita diseluruh negara ditimpa masalah dan musibah, hendaklah kita bersifat reda kepada ketetapan Allah SWT.

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami dalam menghadapi wabak Covid-19 ini.
Kami mohon agar kesembuhan segera diberikan kepada semua yang telah dijangkiti dan hapuskan lah virus ini selamanya & tidak Kau turunkannya lagi kepada kami..sesungguhnya Kau Yang Maha Pemberi & Pemurah & Maha Mengasihi, kami redha atas ketentuan ini Ya Allah.

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ


#zulizazulkepli #doaharian #covit19

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS RINGKAS SEDAP MENJILAT JARI


Assalamualaikum readers,
Ini adalah resepi dari air tangan saya sendiri, biasanya masak asam pedas ni lebih kurang sama je ingredients yang biasa uolls buat tu. Saya kurang suka jenis asam pedas berempah, jadi simple je bahan-bahan yang saya gunakan. 
Air tangan setiap orang berbeza kan?..sedap ke tak sedap bergantung cara kita mengolah rasa masakan. Ok, ini resepi dari dapur saya..semoga bermafaat.

Bahan-bahan :
Ayam 1 ekor (potong ikut suka)
*cili kering segenggam (kurangkan jika tak nak pedas)
*belacan secubit kecik (kalau tak ada tak apa)
*serai 2 ulas
*bawang besar merah 3 biji
*bawang putih 6-8ulas
*halia 2cm
*kunyit 2cm
Serai 1 ulas (diketuk)
Tomato 2 biji (potong 2)
Bendi 6-8 biji
Daun kesum
Bunga kantan 1 
Air asam jawa (ikut nak masam mana)
Garam
Gula
Serbuk perasa (jika suka)
Minyak masak untuk menumis

Mesin halus bahan-bahan bertanda *

Cara-caranya :
  1. Tumis serai ketuk dalam 10 saat & masukkan bahan yang dimesin, tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, gaulkan masakan dalam 10minit api sederhana, kemudian masukkan air asam jawa beserta daun kesum & bunga kantan.
  3. Setelah agak menggelegak perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa (jika suka). Akhir sekali masukkan bendi & tomato. 
  4. Jika mahu lebih berkuah, sila tambah air kosong & jangan lupa rasa garam gulanya ya, nanti terlebih cair..tawar pula rasanya.
  5. Ok siap hidangan hari ini.. Selamat mencuba ya. 
Alhamdulillah.



BILA KAU TAK CUKUP DUIT NAK ISI MINYAK



Assalamualaikum.

Betul ke kalau perempuan ni bila minyak kereta habis & baru je kelip-kelip dah menggelabah semacam dah... 
Ni bukan takat kelip-kelip dah... pergi bantai drive kereta sampai 65.2 kilo...kira hebat la kan...? hahahha

Kalau ikutkan ilmu cetek sekolah rendah saya la kan... bila lampu minyak dah kelip-kelip bagi warning tu, biasanya dalam tangki akan ada lagi minyak petrol back up perjalanan kereta tu dalam 40 - 70 kilo lagi apapun ia depand kepada jenis kereta juga. 


#AMARAN korang jangan ikut panduan ini ya, nanti tak pandai budget... abis la korang tersadai tepi jalan tunggu la cik abang datang belikan minyak 😹😹
Nextime dah agak-agak tinggal satu 'takuk' tu... pegi la singgah petrol stesen ye.

wassalam.

RESEPI SAYUR CAMPUR SEDAP & RINGKAS


Assalamulalaikum readers...
Sayur campur ini adalah kegemaran anak bongsu saya Thifal Zahra. Si kecil 2 tahun tu memang amat menyenangkan ibu, sebabnya tak cerewet dalam memilih makanan. Apa jua jenis sayur menjadi pujaan dia... minah sayur la kita panggil hahhhhaa..

Sini saya kongsi menu sayur campur yang mudah disediakan, ringkas & cepat.
  1. Tumis bawang merah & bawang putih, agak kekuningan masukkan fish ball dan tumis lagi dalam 1 minit.
  2. Kemudian, masukkan saja sayur-sayur pilihan anda. Kalau ikutkan menu saya seperti gambar, saya gunakan bunga kubis, brokoli, carrot, cendawan, baby corn dan cili benggala. (kombinasi sayur ini ada terjual di pasaraya yang telah siap dibungkus dalam 1pek)
  3. Akhir sekali, masukkan garam & secubit kiub perasa ayam...oh ya.. letak sedikit air jika mahu berkuah ya....kering sangat pun kurang enak.
Ok, selamat menjamu selera.
Terima kasih.

#resepiringkas #zulizazulkepli

UDANG GORENG BUNGA KUBIS


Ibu-ibu yang bekerja pastinya mengejar masa untuk menyediakan hidangan makan malam buat keluarga. Menu apa yang biasa anda dapat sediakan dalam masa yang singkat ?
Alhamdulillah, ini sahaja menu utama yang sempat saya sediakan buat keluarga setelah pulang agak lewat dari tempat kerja. Baki ikan masak asam pedas malam tadi pun masih ada lagi.... jadi kita panaskan aje. Syukur juga suami & anak-anak tidak pernah merungut walau ada masa-masa yang ibu hanya sempat goreng telo je. Alhamdulillah mereka makan seadanya apa yang terhidang.

UDANG GORENG BUNGA KUBIS
  1. Udang digaul sebentar dengan serbuk kunyit, sedikit serbuk lada hitam & garam.
  2. Goreng udang separuh masak (sekejap sahaja), angkat ketepikan.
  3. Tumis bawang besar & bawang putih yang dihiris nipis serta masukkan bunga kubis atau sayur pilihan anda...tumis dalam 1 minit (waktu ini saya suka gunakan api besar) seterusnya masukkan udang tadi gaul bagi sebati dengan rasa bahan-bahan tumisan.
  4. Jika suka sedikit masin, boleh tambahkan secubit garam.
Siap, selamat menjamu selera.
Terima kasih

#resepiringkas #zulizazulkepli

KICAP JALEN SEBAGAI CENDERHATI MAJLIS


Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah telah selesai menyempurnakan majlis menyambut menantu di pihak lelaki pada 24 November 2019.
Tahniah adik ipar & my beras biras 🤗
Akim & Shika
Semoga kalian sentiasa bahagia & dipermudahkan kehidupan berumah tangga hendaknya.

Anyway berbalik ke tajuk asal, di sini saya ada lampirkan beberapa gambar & video serta short reviews tak berbayar berkenaan goodies KICAP JALEN yang diberikan kepada tetamu sebagai menghargai kehadiran mereka. Uoolls yang masih tercari-cari cenderhati buat tetamu, saya beri 120% goodies yang unik ini pasti menambat hati mereka yang hadir.

Syarikat JALEN Sdn.Bhd. menawarkan beberapa pakej door gift, produk seperti Kicap/Sos/Kordial. 
Bukan sahaja kicap yang sedap, kotak pun sangat cantik & kemas.
Uoolls please refer pada gambar kat situ ada maklumat lengkap untuk uoolls buat tempahan.


Jangan contact saya pula ya..saya ni bukanlah agen berdaftar, cuma kongsi secara percuma info menarik & unik bagi saya. Tapi kalau lah dapat kredit durian runtuh  dari Syarikat JALEN.. waaa bertuah lah tuan badan (tak salah kita berangankan..😅)

Cantik kan..macam kotak minyak wangi pulak tengok.


Ini video yang sempat saya ambil.
Dedicated this video to my lovely brother & sister for their wedding of the year.
Love from me.

Di bawah ini gambar yang saya muat turun  di website www.jalen.com.my 
Semoga info-info yang saya paparkan berguna untuk uoolls. InshaaAllah.
Terima kasih.
Wassalam.



HAPPY BIRTHDAY TASNEEM ZAHRA TURNS 5



Selamat hari lahir sayang ibu ayah. Umur Tasneem Zahra yang ke 5 tahun -14.11.14. Moga anak ibu ini menjadi anak yang solehah..panjang umur, murah rezeki & berjaya di dunia serta akhirat.

#Happybirthday #5tahun #2019

SELAMAT HARI JADI THOMI 6 TAHUN


Selamat Hari Jadi Macho Ibu Ayah
AHMAD THOMI ZAHRAN BIN MUHAMMAD AZAHAR
12 DISEMBER 2012

Kasih Sayang Ibu Ayah yang tidak berbelah bagi buat Abang Ngah.
Sayang Abang Ngah selalu.

HAPPY 1ST BIRTHDAY MY BABY THIFAL


Assalamualaikum readers...

Sungguh cepatnya masa berlalu, baru rasanya bersalinkan si bongsu ni.
Sudah setahun rupanya... 

SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA
THIFAL ZAHRA BINTI MUHAMMAD AZAHAR

Doa Ibu hanya yang terbaik buat anak ibu.
Ayah Ibu sayang adik selalu.
Ummmuuuahhh

HAPPY BIRTHDAY ABANG LONG THAQIF 9 TAHUN


Alhamdulillah
Anak sulong ku Ahmad Thaqif Zahran bin Muhammad Azahar menyambut hari lahirnya pada hari ini 8 Jun 2018 yang ke 9 tahun.

Ku pohon agar Allah s.w.t sentiasa memberkati perjalanan hidup anakku ini. 
Semoga abang long thaqif menjadi anak yang taat pada ajaran agama, menjadi seorang yang berjaya, disegani, bijak serta terpelajar. Sentiasa mempunyai akhlak yang baik & hormat pada orang tua.
Ameen.


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PRU 14

Anda sudah menyemak di mana anda akan mengundi nanti?

Semakan Daftar Pemilih bagi Pilihanraya Umum Ke 14 bagi tahun 2018 anda boleh semak di link yang saya berikan di bawah gambar. Klik link tersebut dan akan terpapar laman web seperti gambar ini. 
Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan semak. 

okay, selamat mengundi, pangkah pilihan yang terbaik buat Anda, Agama , Bangsa & Negara.
Inshaa Allah, kita doakan yang terbaik. 

~ UNDI ANDA ADALAH RAHSIA ~





TARIKH PILIHANRAYA UMUM KE 14

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Malaysia

Berikut adalah tarikh-tarikh keramat sepanjang pilihanraya umum ke 14 bagi tahun 2018,
walaubagaimanapun ia tertakluk kepada pengumuman rasmi SPR.


BUAT DUIT DENGAN KEDUT KEDUT CHEESE

Alhamdulillah Kedut Kedut Cheese (KKC) adalah produk pertama yang dikeluarkan oleh zuzu's kitchen yang paling mendapat sambutan.
Apa itu Kedut Kedut Cheese?

Dalam bahasa mudah, ia adalah kulit popia @ spring roll yang digoreng dan ditabur serbuk cheese.
Serbuk cheese KKC by Zuzu's Kitchen diolah menjadi lebih sedap dan pastinya anda makan hingga menjilat jari.
Serbuk cheese kami diolah dengan resepi rahsia dan anda tidak akan ada rasa muak.
Dalam pemilihan kulit popia, kami pilih yang berkualiti dan amat ranggup bila dimasak.

Dapatkan segera Kedut Kedut Cheese by Zuzu's Kitchen

~ PALING SEDAP DI DUNIA ~
~ RANGGUP KRUP KRAP KRUP KRAP ~
~ RESEPI RAHSIA SERBUK CHEESE TIADA RASA MUAK ~
~ MAKAN TAK CUKUP SEBALANG ~
~ RASA SEKALI PASTI NAK LAGI ~
~ JAMINAN KERAT JARI ~




BELI DULU BARU TAHU... SEDAP HINGGA MENJILAT JARI

RM 15.00 / SEBALANG





BANYAK ENTRY DIBUANG

Assalamualaikum..salam pagi jumaat yang berkah..

Banyak entri yang saya dah buang sebenarnya. Kalau rajin scroll, cuba lihat bahagian blog archive tu.. entri tahun 2015 sahaja yang tinggal kan..start blogging dari 2010..ermm sayang tau.
Sebelum ni kan blog ini saya gunakan sebagai medium jualan produk2 kosmetik dan kesihatan sambil2 jual kita membebel dalam blog pun ada..tapi sekarang dah tak buat dah bisnes produk kesihatan tu. 

Faktor kurang dah dapat permintaan ia jugak disebabkan sekarang sudah ada perlambakan produk2 kecantikan & kesihatan yang dijual oleh pembekal/pemborong secara runcit. Jika dulu2 diawal kemunculan produk2 ni, tidak ada pembekal/pemborong yang membuka kedai offline, jadinya kami yang menjual harga runcit dan bergerak secara online ni mudah berniaga. nak bersaing pun diantara kami dan tiada yang 'main harga'. 

ermmm tak perla.. lupakan yang lama..kita buka buku baru kan. Jadinya terpaksa lah saya delete entri2 tu... kalau tak, bunyi sajer 📞customer tanya produk. Kesian pula, mereka asyik tanya, saya pulak dah tak jual..akhirnya saya delete je semua entri. sayang memang sayang.. tapi apa nak buat...

Orang tamak macam saya 🙉 kan nak buat macam2 bisnes.. kita ikut saranan kerajaan, buat kerja lebih dari 1..kan? betul kan..kann..kann

Sekarang tumpukan bisnes yang dah lama berjalan. Bagi yang mencari rumah penginapan sementara (guest house) di shah alam, boleh contact saya ... nak cari kereta sewa base di shah alam juga boleh cari saya. Nak Kedut Kedut Cheese saya yang #viral sedap menjilat jari tu pun ada..


okay lahh..
nanti kita sambung lagi entri lain.

tata


AYAM MASAK LEMAK CILI API TANPA BAWANG SIMPLE

Assalamualaikum & Selamat Petang readers...
Curi-curi masa sikit petang ni, saya nak share salah satu masakan kegemaran anak-anak saya. Masakan kampung ini juga yang selalu mak saya masakkan untuk kami adik beradik.

Masakan dan resepi ini cara saya dan setiap orang ada cara yang berbeza.. jom kita masak...

Bahan-bahan :
Ayam 1 ekor
Santan dari 1 setengah biji kelapa
(biasanya saya guna 2 biji kelapa parut, lepas tu perah dapatkan santannya)
Serai 2 batang diketuk
  *Cili api hijau segenggam dimesin 
(ikut selera masing2, saya suka pedas)
Serbuk kunyit 
(kalau ada kunyit hidup lagi baik)
*Halia 4cm
Tomato 2 biji belah dua
Garam
Gula

Ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih, masukkan dalam kuali/periuk
dimasak dengan api kecil. Serai & kentang masukkan je sekali. Panaskan tanpa minyak ya, kita nak keluarkan air isi ayam tadi tu. 

Saya guna kuali legend ni.. abaikan hitam kuali tu.. hitam manis itu kan menawannn


Panaskan dan gaul-gaul ayam dalam 5 minit, suku masak camtu. Lepas tu bolehlah masukkan cili yang telah dimesin bersama halia ke dalam kuali. Oh ya, letakkan sedikit serbuk kunyit. Jika kat rumah ada daun kunyit, boleh la masukkan sekali ya. Okay, teruskan kacau dan masak sebentar bagi kering sedikit air cili tadi.


Setelah itu, masukkan santan ke dalam kuali. sesetengah orang suka buat 2 bahagian, 1 santan cair, 1 lagi santan pekat dimasukkan akhir nanti bila ayam dah hampir masak... erm saya pilih nak yang simple, cepat dan mudah.. janji sedap dimakan. 
Masak guna santan ni, kena rajin kacau atau gaul sikit2 kuah supaya santan nanti tidak berketul-ketul. 
Okay, kacau hingga pecah minyak dan ayam masak sepenuhnya.
Masukkan tomato ya. ehh jangan lupa perasakan dengan gula dan garam tau. bila ada garam baru lah sedap masakan tu kan..saya tak gunakan pak aji tau.


nah.. siap dimasak sedia dihidang. Kegemaran suami dan anak-anak gulai ayam masak lemak cili api ni. dah namanya cili api..mestilah kita buat pedas kan. Alhamdulillah kami sekeluarga makan pedas, mudah nak masak sekali. tak payah masak asing-asing pedas & tak pedas. 
memang saya tak gunakan bawang dalam masakan ni...nahhh jimat kan cik bawang dalam bakul tu hihiii 😆


taaaadaaaaaaa... jom makan dengan nasi panas-panas. Saya suka bubuh kicap kat nasi panas,
kuah bagi banjir 😉



meh la.. kita share share resepi

terima kasih












NAFAS SEGAR LEPAS GUNA UBAT GIGI COLGATE

Assalamualaikum,

Alahamdulillah syukur masih diberi semangat untuk menaip... bertahun tahun terperam blog ini.
Hahaha... maaf yer, ayat kat atas tu tak ada ke mengena pun. tapi pagi tadi memang berus gigi guna ubat gigi colgate pun.

Nanti yea...sambung lagi

HAPPY BIRTHDAY ABANG NGAH KE 5 TAHUN


Assalamualaikum...
Hari ini 12 Disember 2017, anak bujang kedua dah masuk 5 tahun.
Syukur Alhamdulillah, anak ibu diberikan kesihatan yang baik, ibu doakan anak ibu Ahmad Thomi Zahran Bin Muhammad Azahar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi seorang yang bijak & terpelajar... dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. 
InshaaAllah. Ameennn.

Sayang anak-anak ibu ketat-ketat..

SELAMAT HARI LAHIR PRINCESS IBU 3 TAHUN


Selamat Hari Lahir Sayang Ibu...
Tasneem Zahra Binti Muhammad Azahar

Semoga Anak Ibu ini menjadi seorang yang solehah, taat pada agama, berbakti pada bangsa & negara. Dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, dipanjangkan umur serta menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran.
Ameennn InshaaAllah.

ISI HATI YANG SERING DILIHAT