PINNED POST

BANYAK ENTRY DIBUANG

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BUAT NIAGA


Ayam goreng kunyit ni mudah dan cepat nak sediakan, anak-anak pun suka.
Di sini saya kongsikan cara saya tau, bagi saya mudah dan ringkas serta sedap. Dalam resepi ini, saya ada gunakan rempah kari ikan..saya tak gunakan rempah kari ayam...ermmm entah lah bagi tekak saya lebih enak gunakan rempah kari ikan. Siapa yang nak tambah pendapatan tu boleh lah ambil resepi ini buat niaga Nasi Ayam Goreng Kunyit..saya halalkan, air tangan kan berbeza apa de hal...hihi.
Oh ya, saya kalau memasak main agak-agak je kuantiti bahan-bahan yang akan dicampak dalam kuali tu almaklumlah saya bukannya terorrrr memasak..jadi korang kena try & error la ya..
Ni resepinya...semoga bermafaat

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan Perapan
 Ayam setengah ekor (Dipotong kecil / dadu lebih kurang 2 ke 3 inci)
Serbuk Kunyit - 2 sudu besar
Serbuk Kari Ikan - 3 @ 4 sudu besar
Serbuk Lada Putih @ Serbuk Lada Hitam - 1 sudu besar
Serbuk Cili ( jika mahu lebih pedas) - 1 sudu besar
Halia (ditumbuk halus) 4-5 Inci
Bawang Putih (ditumbuk halus) - 10 ulas
Tepung Jagung - 2 sudu besar
Tepung Beras - 5 sudu besar
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
**Perap ayam bersama bahan-bahan perapan selama 30-40 minit

Bahan-bahan Pelengkap / Hiasan
Cili Merah (dihiris nipis)
Bawang Besar (dihiris)
Daun Bawang
Bunga Kubis
Kacang Panjang

Cara-caranya :
  1. Goreng ayam yang telah diperap sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
  2. Tinggalkan sedikit baki minyak goreng tadi untuk tumis sebentar bahan-bahan pelengkap dalam 2-3 minit. Padamkan api kuali, masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati bersama bahan-bahan yang ditumis.
  3. Angkat & sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan salad (tabur sedikit serbuk lada putih..ermm sedaapp)
Selamat menjamu selera.
Terima kasih.



ISI HATI YANG SERING DILIHAT