PINNED POST

BANYAK ENTRY DIBUANG

KAMI SAYANG KAMU AISYA ZAHIRAH BINTI YAHYA

Bismillahirrahmanirrahim
Terduduk tersentap naluri keibuan aku bila dapat berita sedih dari group whatsapp sekolah menengah aku.


Tak tahu macam mana aku nak mula cerita, cuma yang boleh aku bagitau.. aku sedih sangat bila tahu berita anak Yahya dikhabarkan menghadapi tumor otak ataupun Germ Cell Tumor (GCT). Aisya Zahirah baru berusia 6 tahun kebetulan sebaya dengan anak sulong aku.
Ya Allah besar dugaan yang Kau berikan pada sahabat aku ni. Tiada adik beradik lain, Aisya anak tunggal yang dijunjung bagai minyak yang penuh. Siapa sangka seorang budak yang bijak, sudah pandai membaca, sopan santun hormat orang tua..tubuh badan sihat.. tanpa ada apa2 petanda berat..tiba2 Yahya dan isteri dihidangkan dengan berita sedih ini.
Ya Allah Ya Tuhan ku mengalir air mataku saat aku membayangkan sahabatku itu menerima berita tersebut.

Hujung minggu lepas aku & suami diberikan kesempatan melawat Aisya di Hospital Besar Kuala Lumpur. Aisya ditempatkan di wad pedriatik kk3 bilik no.3.

Sampai sahaja di wad, aku lihat Aisya tidur dalam pelukan ibunya. Aku tak mahu ganggu momen yang paling indah itu. Kami berdua berada di luar wad sambil menunggu Yahya yang sedang solat zohor. 
Saat menunggu itu, mata aku berkaca jer bila lihat anak2 yang ditahan di wad. Jarum sana sini kat badan, ada anak kecil rasanya berusianya 1 setengah berjalan sambil ibunya menolak tiang drip air tu..ada yang sudah banyak keguguran rambutnya mungkin akibat dari proses rawatan kimoterapi. Aku ni sensitif sangat memang mudah menangis & suka pendam perasaan. Suami aku perasan tu kot mata aku berkaca, tapi dia pun buat derkkk jer... Mr. sado aku ni pun sebenarnya dalam hati ada taman...mudah sedih jugakkkk.

15 minit berlalu, Yahya sudah selesai solat. Aku masih boleh cam wajah sahabatku tu walaupun sudah hampir 16 tahun tak berjumpa. Bentuk tubuh badan banyak berubah berbanding dari zaman sekolah, dulu sekecil2 batang buluh sekarang dah sebesar batang balak. aku pun macam tu juga.. hihi

Okay berbalik kepada cerita Aisya. Aku masuk melawat Aisya sedang tidur. Korang tahu tak... Aisya dah tidak nampak langsung !! Ya Allah Ya Allah.. Istiqfar aku untuk aku meredakan sedih hati ku ketika itu.
sesekali Aisya bergerak2 membetulkan posisi tidur. Yahya bagitau, camtu la Aisya..(Yahya berhenti berbicara meredakan sebak dihatinya) Aku sambung kata2nya... " ya lah Ya, bebudak bila dah tau gelap je..mesti jorang pikir tidur ja" ..
Panjang lebar aku berborak dengan Yahya, sering kali Yahya bercerita tentang anak kesayangannya Aisya yang bijak..anaknya yang ulat buku.

Cerita yang disampaikan Yahya kepada aku bahawa Aisya seorang anak yang ceria & sihat. Tiada menunjukkan sebarang tanda yang berat. Budak2 demam, itu perkara biasa tiada apa2 yang pelik. Korang tahu tak, tumor tu dah membesar selama 6 bulan dalam otak anak kecil itu !!
Simptom yang dapat dikesan oleh Yahya adalah bermula 3 minggu yang lepas. Aisya demam + muntah2. Aisya dibawa ke klinik termasuk 2 buah hospital kerajaan tapi semua doktor maklumkan "angin dalam badan". Sehinggalah Aisya menunjukkan simptom penglihatan menjadi kelam @ gelap, Aisya di bawa ke klinik swasta & hasil pemeriksaan doktor dan keputusanya agar Aisya segera dirujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur. 
Di HBKL la bermula semua kisah sedih & dugaan besar yang perlu sahabat aku hadapi dengan redha.

Aku tahu Yahya kau Ayah yang hebat. Apa yang boleh aku tolong adalah kata2 semangat buat kau Yahya.
.

Sebelum pulang, Terkedu aku sebentar pabila aku dipeluk mak mertua Yahya sambil menangis teresak2 mohon doakan keselamatan cucunya..Ya Allah air mataku bagai air sungai mengalir tanpa henti. Aku peluk erat Insan Emas itu aku pelukkk erat2.. Aku cium Aisya.. aku katakan padanya "Aisya Kuat, Aisya Hebat, Aisya Sihat" 
Aisya mengangguk paham dengan kata2 aku padanya.. Aisyah menghulurkan salam tangannya kepada ku tanpa disuruh dalam keadaan matanya yang tidak dapat melihat.

Buat Yahya & Keluarga
Aku tahu sahabat aku kuat, tabah & berharap dia redha dengan ketentuan Allah ini. Berat mata memandang berat lagi mahu yang memikul. Aku berdoa Aisya Zahirah binti Yahya sembuh seperti sedia kala.

Ameennn Yarabbal a’lamin

Kami Sayang Kamu Aisya Zahirah





ISI HATI YANG SERING DILIHAT