PINNED POST

BANYAK ENTRY DIBUANG

PERKARA YANG PERLU SEBELUM & SEMASA TEMUDUGA

Hari ni baru dapat tahu kawan-kawan pejabat ramai juga yang dapat panggilan temuduga jawatan kosong dalam kerajaan, sooo jorang pun sibuklah dok klik..klik keyboard tu update resume la google cara2 nak hadiri interview la... 
Aku ni pun bagi ler pendapat aku apa yang perlu ada sebelum temuduga... yela aku ni kan dah seniorrrr (hahaha seniorrr la sangat...senget ader la)
Ni aku bagi sikit tips yang mungkin korang boleh gunakan sebelum hadiri temuduga. Harap2 dapatla membantu sedikit sebanyak ya.. yela aku ni pun bukan teroorr pun.. masa temuduga dulu pun aku menggelabah gak sampai nak kencing pun aku tahan2 jer !

ni haa hambik ya adik2 :-p

1. Relaxkan diri.. dah relax baru leh teruskan langkahnya...
2. Rajinkan diri menggoogle berkenaan syarikat atau sedikit sebanyak isu semasa. Sekarang pasal isu GST, pastikan korang tahu sedikit input berkenaan GST, nanti bila disoal xder la korang dok ternganga jer okay..
3. Ambiltahu lokasi pusat temuduga, xder la nanti "dah nak terberak baru nak gali lubang ye adik2"
4. Pastikan resume & segala sijil2 pengajian disediakan dan disusun dengan sempurna.
5. Tidur awal pada malam sebelum temuduga, xder la esok bangun tengok cermin dapat mata panda pulak.

ni contoh pakaian untuk lelaki yang sesuai ketika temuduga

#kredit dr http://www.myhealth.gov.my/

Pakaian (Lelaki)
~Pakaian mestilah kemas dan bersih. Elakkan memakai t-shirt atau baju batik.
~Warna pakaian hendaklah tidak terlalu gelap (contoh: hitam dan merah biru gelap dan sebagainya). Pakai pakaian yang berwarna lembut dan tidak berwarna-warni.
~Memakai seluar warna gelap. Seluar hendaklah daripada jenis ‘slack’ dan jangan sekali-kali memakai jeans.
~Memakai tali pinggang.
~Sekiranya jawatan yang dipohon merupakan jawatan berstatus profesional, calon disarankan untuk memakai tali leher dan tanda nama (jika ada).
~Memakai kasut kulit, elakkan hadir dengan memakai selipar atau sandal.
~Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak berwarna. Sekiranya calon menyimpan janggut dan misai, ia hendaklah dipotong rapi dan tidak nampak berserabut.
~Memakai pewangi badan, tetapi tidak terlalu banyak.


#kredit dr http://www.myhealth.gov.my/

Pakaian (Perempuan)
~Memakai pakaian yang kemas dan tidak terlalu menjolok mata.
~Pemilihan warna baju dan tudung haruslah daripada jenis lembut, tidak gelap atau terlalu terang.
~Sekiranya calon ingin memakai skirt, ia hendaklah skirt yang labuh dan tidak terlalu pendek.
~Memakai kasut kulit bertutup penuh dan berstokin.


Ini antara yang paling penting 

Pastikan korang datang awal ke tempat temuduga.
Ketuk pintu dengan perlahan sebelum masuk bilik panel temuduga.
Bila dah masuk silalah tunjukkan reaksi wajah yang tenang.
Mengucapkan Salam / Selamat Pagi kepada penemuduga
Korang jangan sesekali duduk (walaupun disediakan kerusi) selagi panel temuduga tak minta korang duduk ya.. ingat tu..
Menyerahkan dokumen apabila diminta.
Membuat hubungan mata ‘eye contact’ dengan panel dengan kadar yang berpatutan terutamanya semasa berinteraksi.
Setiap kali jawab soalan kena senyum walau sikit ya, jangan masam mencuka pulak..
Posisi badan dalam keadaan tegak, kaki jangan disilangkan. Sila rapatkan kedua2 kaki anda okay.
Relax broder..relaxx...bercakap dengan nada yang jelas, boleh didengari dan tidak terlalu laju atau perlahan.
Tunjukkan keyakinan korang setiapkali menjawab soalan. 
Penting !! jangan cakap korang "tak tahu" jika memang dah betul2 xtau sangat, korang jawab je la apa2 yang logik sebab panel penemuduga hendak lihat korang bercakap. Jika setiap kali soalan mesti perlu jawapan & panel nak lihat korang yakin dengan jawapan walaupun korang tak pasti jawapan korang tu betul ke tak.
Mengucapkan terima kasih sebelum melangkah keluar dari bilik temuduga.

itu je yang aku leh bantu, kalau x cukup lagi..rerajinkan diri google ya.. ramai otai2 bagus yang leh bagi info & pengalaman jorang.

All d best ya kengkawan..Good Luck !!

ISI HATI YANG SERING DILIHAT