Peram-peram entry ni jadi pekasam sudah...
Musim cuti sekolah baru-baru ni, kami tak plan nak jenjalan kemana-mana, yelah my mr. sado kan ada partime futher study, hari2 kot kelas nya. anak aku pulak yang si abang long tu asyik tanya "tak da pegi jalan mana-mana ke ibu? " adoiii sedey pulak ati ibu ni...
Okay aku panjangkan bunyi-bunyi anak aku tu ke telinga Ayahnya...
Yesss... green light !! Hujung minggu, minggu terakhir cuti sekolah kami bawak anak-anak g holiday kat Agrotek Garden Resort... aku la yang pilih tempat ni, tak mo g jauh-jauh, bawah 50kilo jer dari shah alam...jejauh nanti penat badan...hheheehh sebenarnya sekarang budget tengah low ni.
Aku apa lagi sepantas kilat mem'booking' bilik kat agrotek garden resort. aku call jer pastu senang bagi nama & no. telefon, tak payah bayar-bayar deposit pun bila nak book bilik. Aku book bilik "Garden Superior" aku pilih bilik yang ada aircond RM175/malam belum termasuk GST 6%.
so sekarang bermula la kerja2 mem'packing' pakaian anak2. Aku show pakaian anak2 jer...
Kami check in 2 hari 1 malam jer... tapi kalau bab mem'packing' baju anak2, aku akan extra kan. Biasa la budak2 pakai bukan cermat, asyik nak tukar baju jaa, tumpah susu, makanan la, ter'oo..ork' dalam seluar la...haii macam2.
Okay siap dah susun baju Abang Long, Abang Ngah & little baby Tasneem.
Bawak swimming suit jorang jugak...haaa tengok tu comey kan swimming suit Tasneem..Hello Kitty lagi U.
ko hadoo?
Sambil lipat baju2, aku ditemani buahati pengarang jantung. depa bukan tau seronok nak g holiday pun, aku jer yang terlebih excited.
Sebelum tu aku nak kongsi sikit tips aku lipat baju untuk disusun dalam beg. Cara lipat gulung ni dapat jimatkan ruang dalam beg dan boleh susun pakaian yang banyak dalam ruang yang kecik.
Ini contoh sebelum
lepas tu gulung baju cam ni
Aku pakai beg tarik ala-ala beg sekolah tu, beg tu takda la besar mana (lupa nak amik pic).
Aku susun cam susun batu bata seperti dalam gambar. cer korang buat menjadi tak, pakaian 3 orang anak aku sumbat dalam 1 beg ni jer..setellll
Kami check in lambat sebab belah pagi hingga pukul 3 lebeh camtu kami ada majlis aqiqah kat rumah cousin di denai alam. So dalam kul 5 petang baru kami sampai sana.
Bagus betul la zaman moden ni kan? nak g mana2 pun senang sekarang kan, kita guna GPS jer. Aku touch jer screen ni, type jer lokasi nak pegi tu, terus jer keluar arah jalan cam kat gambar atas tu.
Meh sini aku bagi klu sikit cara nak ke sana, moga dapatlah bantu sikit sebanyak yang mana nak g holiday ke sana nanti.
Kami bergerak dari Shah Alam..
Ini tol Batu 3 Lebuhraya Persekutuan ya, kadar tol RM1.10 bagi kenderaan kelas 1.
Lepas masuk tol batu 3, terus jer hingga lah korang jumpa signboard belah kiri ke Lebuhraya NPE. Mantain kenderaan korang belah kiri.
Follow susur keluar belah kiri. nanti korang naik fly-over, terus jer pastu akan lalu depan taman Dato Harun, nanti nampak jugak belah kiri korang laluan keretapi.
Dalam 3 ke 4 kilo ke depan, korang akan jumpa Tol Pantai Dalam ni.
Kadar tol RM1.60 bagi kenderaan kelas 1.
Lepas tol Pantai Dalam tadi, akan ada kekeliruan sikit nak ikut arah laluan yang mana, aku xsempat pulak nak snap gambar signboard. Korang bawak slow sikit, pastu ikut arah aku ni, korang akan nampak bangunan yang kat atas tu belah kiri..kalau nak senang, follow jer mana yang ada signboard arah ke kajang/cheras/ampang.
Follow arah ke Ampang belah kiri tu & akan lalu ikut Lebuhraya Cheras-Kajang
Nanti akan jumpa Plaza Tol Batu 9. Kadar Tol RM1.00 bagi kenderaan kelas 1.
Lepas tol sila ke arah kiri.
Sila sengetkan stering kete korang ikut arah ke kiri ya... follow signboard ke arah Pekan Batu 9.
Lepas tu, terus jer...
Okay kita dah sampai pekan.. sila lah teruskan perjalanan ya..sorry lar aku xsempat nak snap gambar, anak2 kacau dah excited nak sampai..korang rajin-rajinkan mata ya tengok belah kiri signboard agrotek garden resort pulak..
~okay la kita sambung cerita esok ya~
SELAMAT BERBUKA PUASA