Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ni hari ke 19 berpuasa Ramadhan.Cuaca di shah alam kali ni panas sekali.. okay lah kita sambung entri yang lepas ya, lama dah diperam. Bagi yang terlepas leh follow link ni ~Klik Part I~
*sila layannn*
Yeaaayy, kita dah sampai Agrotek Garden Resort...
Ni pintu masuknya. Sila pusingkan stering ke kanan..jangan lupa bagi signal ya..kalau korang terus jer aku tak tau pegi mana tu, tapi aku tengok kat hujung tu cam jalan mati jer.
Bila dah lalu pintu masuk tadi, korang akan lihat view camni. Kita berada kat tempat tinggi ya, resortnya kat bawah. Jom kita ke bawahhh..jaga-jaga brek kreta ya, bawak slow slow tau.
Sampai dah kita kat bawah. Sebelum kita lalu jambatan kecik tu, korang akan perasan ada genset (generators) belah kanan,..ermm bagi aku cam spoil sikit la pemandangan tapi tak per lah..kita abaikan bab tu hokay.
Parking kenderaan ada disediakan, yang nampak banyak kenderaan kat depan tu...ha kat situ semua leh parking ya. Siap park kreta, jom kita daftar check in.
Opss... !!
Sebelum masuk, sila baca arahan ini dulu... hehehehh
dah baca? okay jom check in
Opss... !!
Sebelum masuk, sila baca arahan ini dulu... hehehehh
dah baca? okay jom check in
Aku book bilik Garden Superior ada aircond & kipas, tingkat atas sebab aku nak tengok keseluruhan view resort. Bagi yang budget ciput tu leh amik bilik yang lebih murah, tapi memandangkan sekarang musim cuti sekolah, so banyak bilik penuh.
Garden Superior (Aircond)
Garden Superior (Aircond)
Tarif Bilik : RM175 +6% GST total RM185.50
Sarapan pagi percuma
Sarapan pagi percuma
Laluan ke bilik kami. Sepanjang laluan ni bau durian jer weiii memang menduga betul lah, dah la lama tak makan durian ni. Nampak tak pokok2 belah kiri tu. Ada beberapa batang pokok durian situ, buah durian pun ada yang dah gugur ke tanah tapi dah tak elok dahh, tu yang bau menyengat jerrr..
Tak tau lah kalau ada mak saleh yang anti durian pastu duduk pulak bilik2 sini abis lah muntah hijau kat depan bilik !! Jangan risau, bau2 ni ada bila tiba musim durian saja ya...
Jenuh naik tangga nak ke bilik weiii... Kalau korang bawa Ibu Ayah ke siapa2 yang sakit kaki ataupun kurang upaya better pilih bilik bahagian bawah ya.
Ini view dari balkoni bilik kami. Kalau nak view cam ni korang mintak bilik no.GS15 okay.
Redup jer mata memandang..nyaman jer rasa.. betul x? ke aku jer feeling feeling sesorang... hahahhaa..
Peace yooo !!
Nampak tak pokok durian gedabak gedabak sana... pokok durian tengah berbuah tu..
Saiz bilik tak la besar & tak da la kecik sangat. Bole lah. Janji selesa kami anak beranak nak tido.
Toilet agak kecik, tapi bole lah... nak mandi & melabor jer pun, bukan nak tido dalam ni kan.. kan? ..kan?
Tak ada heater tau. Air ceeejuukkkk !!
okay jom kita teman anak2 mandi sungai pulak...
Abang Long dengan teman baru dia.. tembam kan yang tengah tu..nak cubit2 pipi dia..
Ada 2 tingkat sungai, yang dalam gambar ni sungai tingkat atas dalam sikit paras airnya.
Jika ada event apa2 ataupun aktiviti family day akan dibuat di bahagian atas ni.
Ni pulak bahagian bawah, budak2 suka mandi sini sebab cetek. tapi hati-hati juga tau kat bahagian air turun deras tu agak dalam sikit untuk bebudak.
My little Tasneem baru ja sihat lepas demam, so aku decide tak jadi nak rendamkan si bucuk ni. Swimming suit hello kitty yang cute miut tu pun tak jadi pakai (pic di part I)
Senyum melebar, suka dapat cecah kaki tu kena air cejukkkkkk ya bucuk Ibu.
~Okayla nanti2 kita sambung lagi ya, maklumlah kita curi2 masa menaip..keje hakiki masih ada menanti~
Assalamualaikum