PINNED POST

BANYAK ENTRY DIBUANG

RESEPI RENDANG AYAM TRADISI NENEK PESAH


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di sini saya kongsikan resepi rendang ayam dari arwah nenek kesayangan saya buat semua.
Sebelum itu, saya mohon agar kita sedekahkan surah Al-Fatihah (dibaca) buat arwah nenek Pesah binti Nodi.


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. Semoga arwah nenek di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman beramal soleh.
Ameenn.

Okay, Resepi Rendang Ayam Tradisi Nenek Pesah ini menggunakan ayam kampung atau ayam tua.
Tempoh masa memasak rendang ini adalah 3 hingga 4 jam memandangkan ayam kampung / ayam tua mempunyai isi yang liat, tetapi lembut dan sangat sedap setelah dimasak.
Sudah namanya tradisi, pastinya saya mengikut cara memasak biasa di dapur selama 3 hingga 4 jam. 
Zaman semakin berubah, pelbagai gajet dapur yang ada masa kini, bagi sesiapa yang ingin cepat menggunakan periuk tekanan tinggi (pressure cooker) untuk melembutkan ayam terlebih dahulu pun tak ada masalah.
Pilihan saya tetap gunakan cara lama kerana saya telah pun mencuba menggunakan pressure cooker dan hasilnya tidak memuaskan tekak saya. Terpulang...pillihan cara memasak ditangan anda.
Resepi di bawah untuk seekor ayam, sila gandakan bahan-bahan jika ingin lebih banyak.
  
RESEPI RENDANG AYAM TRADISI NENEK PESAH 

1 ekor ayam kampung / ayam tua
Daun Salam
Kerisik 1.5 sudu besar
Santan Perah sebiji kelapa atau jika tak ada, ingin gunakan santan kotak +-200ml pun boleh.
Air
Garam
Gula
Perasa makanan (jika suka)

* Bahan Kisar 1
*3 ulas serai
*4 biji bawang besar
*10 biji bawang kecil
*15 ulas bawang putih
*4-5 inci halia
*2 inci kunyit hidup
*2 inci lengkuas

** Bahan Kisar 2 
Cili kering segenggam (rebus & kisar) - kurangkan jika tak nak pedas

Cara memasak lihat gambar :


1. Masukkan ayam yang telah dipotong bersama daun salam, garam, gula, perasa makanan, bahan kisar 1 dan bahan kisar 2 ke dalam kuali (INGAT YA, RESEPI INI TIDAK MENGGUNAKAN MINYAK MASAK UNTUK MENUMIS). Masak sehingga pecah minyak dan agak kering. Waktu ini sila gunakan api kecil, kacau masakan supaya tidak hangus. Jangkaan tempoh masa 30 hingga 45 minit.


2. Setelah kering dan pecah minyak, masukkan air yang banyak sehingga penuh kuali. Gunakan api sederhana waktu ini. Proses ini memakan masa yang lama, dalam 15 ke 20 minit sekali boleh kacau kuali. Masak sehingga hampir kering. Jangkaan tempoh masa 1 hingga 1.5 jam.


3. Sila ULANG cara memasak no.2 (sehingga anda betul-betul pasti isi ayam telah agak lembut... saya ulang ya.. isi ayam agak lembut BUKAN hancur tau). Jangkaan tempoh masa 1 hingga 1.5 jam.


4. Setelah isi ayam agak lembut dan masakan hampir kering boleh lah masukkan santan dan kerisik. Masak lagi sehingga kering (bagi yang suka agak basah, tidak perlu sehingga betul-betul kering).
ok, siap boleh la dihidangkan bersama nasi panas ke nasi impit ke lemang ke lontong ke...alahhh..semua boleh lahhh.

oh ya.. sedikit tips..
  • Pastikan masakan betul-betul PECAH MINYAK di cara memasak no.1 sebelum tuang air, minyak tersebut terhasil dari lemak ayam itu sendiri. Step no.1 jika anda tak sabar...tak menjadi lah rendang tradisi yang sebetulnya.
  • Jika tak ada daun salam...boleh la gunakan daun limau purut. Penggunaan daun salam dalam masakan rendang adalah lebih sedap.
 Semua resepi yang dikongsikan adalah cara saya, kita semua mempunyai cara yang berbeza walaupun asas memasaknya adalah sama. 
Selamat menjamu selera dan semoga bermafaat.

#kongsiresepi #resepiringkas #zulizazulkepli #rendangtradisinenek #rendangnenek

IKAN GORENG SAMBAL CILI MERAH


IKAN GORENG SAMBAL CILI MERAH

Bahan - 1
Ikan Kembung 8-10 ekor (apa juga jenis ikan pun boleh)
Serbuk Kunyit
Garam
Minyak masak

Cara Penyediaan Bahan - 1
1. Ikan dilumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Goreng ikan sehingga garing.
3. Angkat, tapis minyak dan ketepikan.

Bahan - 2
Cili Merah 10 - 15 biji (ikut suka nak pedas mana) - dikisar
Bawang Putih 3 ulas (tumbuk halus/kisar bersama cili)
Bawang Merah Besar 3 - 4 biji (dihiris nipis)
Garam
Gula
Perasa (jika suka)
Baki minyak menggoreng ikan (3-5 sudu besar)

Cara Penyediaan Bahan - 2
1. Bawang Besar ditumis hingga agak layu bersama baki minyak ikan tadi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Perasakan bahan tumisan dengan garam, gula dan perasa tambahan (jika suka).
4. Kemudian masukkan ikan yang telah dioreng tadi ke dalam sambal ikan yang telah siap dimasak. Gaul sebati, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Siap Resepi Ringkas Hari Ini.
Semoga bermafaat.

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BUAT NIAGA


Ayam goreng kunyit ni mudah dan cepat nak sediakan, anak-anak pun suka.
Di sini saya kongsikan cara saya tau, bagi saya mudah dan ringkas serta sedap. Dalam resepi ini, saya ada gunakan rempah kari ikan..saya tak gunakan rempah kari ayam...ermmm entah lah bagi tekak saya lebih enak gunakan rempah kari ikan. Siapa yang nak tambah pendapatan tu boleh lah ambil resepi ini buat niaga Nasi Ayam Goreng Kunyit..saya halalkan, air tangan kan berbeza apa de hal...hihi.
Oh ya, saya kalau memasak main agak-agak je kuantiti bahan-bahan yang akan dicampak dalam kuali tu almaklumlah saya bukannya terorrrr memasak..jadi korang kena try & error la ya..
Ni resepinya...semoga bermafaat

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan Perapan
 Ayam setengah ekor (Dipotong kecil / dadu lebih kurang 2 ke 3 inci)
Serbuk Kunyit - 2 sudu besar
Serbuk Kari Ikan - 3 @ 4 sudu besar
Serbuk Lada Putih @ Serbuk Lada Hitam - 1 sudu besar
Serbuk Cili ( jika mahu lebih pedas) - 1 sudu besar
Halia (ditumbuk halus) 4-5 Inci
Bawang Putih (ditumbuk halus) - 10 ulas
Tepung Jagung - 2 sudu besar
Tepung Beras - 5 sudu besar
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
**Perap ayam bersama bahan-bahan perapan selama 30-40 minit

Bahan-bahan Pelengkap / Hiasan
Cili Merah (dihiris nipis)
Bawang Besar (dihiris)
Daun Bawang
Bunga Kubis
Kacang Panjang

Cara-caranya :
  1. Goreng ayam yang telah diperap sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
  2. Tinggalkan sedikit baki minyak goreng tadi untuk tumis sebentar bahan-bahan pelengkap dalam 2-3 minit. Padamkan api kuali, masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati bersama bahan-bahan yang ditumis.
  3. Angkat & sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan salad (tabur sedikit serbuk lada putih..ermm sedaapp)
Selamat menjamu selera.
Terima kasih.



DOA AGAR TERHINDAR WABAK PENYAKIT



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Allahu Akbar... Ya Allah.

Sesungguhnya segala musibah yang terjadi ada hikmahnya tersendiri. Musibah Covit-19 ini adalah amaran kecil dari Allah agar manusia kembali kepada Nya. Kita adalah insan yang mudah lalai dan alpa, sesekali Allah jentik kita agar kita sedar yang dunia ini adalah sementara.

Sunggupun begitu, bersangka baiklah kita dengan Allah. Ada sedikit artikel yang saya ambil dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan bersangka baik dengan Allah atau seumpamanya serta dijelaskan ada Hadis Jabir seperti berikut :

--------------------------------------------------------
Berdasarkan kepada hadis Jabir, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum Baginda wafat:

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

Maksudnya: Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu tidak akan menemui maut melainkan dia telah bersangka baik kepada Allah.

Riwayat Muslim (2877)

Antara maksud dalam hadis ini adalah wajib bagi setiap orang yang beriman untuk bersangka baik dengan Allah. Dan ini hendaklah ditambah lagi sangkaan baik ketika mana berlakunya musibah dan hampir mati.
--------------------------------------------------------

Kini kita diseluruh negara ditimpa masalah dan musibah, hendaklah kita bersifat reda kepada ketetapan Allah SWT.

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami dalam menghadapi wabak Covid-19 ini.
Kami mohon agar kesembuhan segera diberikan kepada semua yang telah dijangkiti dan hapuskan lah virus ini selamanya & tidak Kau turunkannya lagi kepada kami..sesungguhnya Kau Yang Maha Pemberi & Pemurah & Maha Mengasihi, kami redha atas ketentuan ini Ya Allah.

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ


#zulizazulkepli #doaharian #covit19

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS RINGKAS SEDAP MENJILAT JARI


Assalamualaikum readers,
Ini adalah resepi dari air tangan saya sendiri, biasanya masak asam pedas ni lebih kurang sama je ingredients yang biasa uolls buat tu. Saya kurang suka jenis asam pedas berempah, jadi simple je bahan-bahan yang saya gunakan. 
Air tangan setiap orang berbeza kan?..sedap ke tak sedap bergantung cara kita mengolah rasa masakan. Ok, ini resepi dari dapur saya..semoga bermafaat.

Bahan-bahan :
Ayam 1 ekor (potong ikut suka)
*cili kering segenggam (kurangkan jika tak nak pedas)
*belacan secubit kecik (kalau tak ada tak apa)
*serai 2 ulas
*bawang besar merah 3 biji
*bawang putih 6-8ulas
*halia 2cm
*kunyit 2cm
Serai 1 ulas (diketuk)
Tomato 2 biji (potong 2)
Bendi 6-8 biji
Daun kesum
Bunga kantan 1 
Air asam jawa (ikut nak masam mana)
Garam
Gula
Serbuk perasa (jika suka)
Minyak masak untuk menumis

Mesin halus bahan-bahan bertanda *

Cara-caranya :
  1. Tumis serai ketuk dalam 10 saat & masukkan bahan yang dimesin, tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, gaulkan masakan dalam 10minit api sederhana, kemudian masukkan air asam jawa beserta daun kesum & bunga kantan.
  3. Setelah agak menggelegak perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa (jika suka). Akhir sekali masukkan bendi & tomato. 
  4. Jika mahu lebih berkuah, sila tambah air kosong & jangan lupa rasa garam gulanya ya, nanti terlebih cair..tawar pula rasanya.
  5. Ok siap hidangan hari ini.. Selamat mencuba ya. 
Alhamdulillah.



BILA KAU TAK CUKUP DUIT NAK ISI MINYAK



Assalamualaikum.

Betul ke kalau perempuan ni bila minyak kereta habis & baru je kelip-kelip dah menggelabah semacam dah... 
Ni bukan takat kelip-kelip dah... pergi bantai drive kereta sampai 65.2 kilo...kira hebat la kan...? hahahha

Kalau ikutkan ilmu cetek sekolah rendah saya la kan... bila lampu minyak dah kelip-kelip bagi warning tu, biasanya dalam tangki akan ada lagi minyak petrol back up perjalanan kereta tu dalam 40 - 70 kilo lagi apapun ia depand kepada jenis kereta juga. 


#AMARAN korang jangan ikut panduan ini ya, nanti tak pandai budget... abis la korang tersadai tepi jalan tunggu la cik abang datang belikan minyak 😹😹
Nextime dah agak-agak tinggal satu 'takuk' tu... pegi la singgah petrol stesen ye.

wassalam.

SEMBUNYI HATI YANG LUKA



RESEPI SAYUR CAMPUR SEDAP & RINGKAS


Assalamulalaikum readers...
Sayur campur ini adalah kegemaran anak bongsu saya Thifal Zahra. Si kecil 2 tahun tu memang amat menyenangkan ibu, sebabnya tak cerewet dalam memilih makanan. Apa jua jenis sayur menjadi pujaan dia... minah sayur la kita panggil hahhhhaa..

Sini saya kongsi menu sayur campur yang mudah disediakan, ringkas & cepat.
  1. Tumis bawang merah & bawang putih, agak kekuningan masukkan fish ball dan tumis lagi dalam 1 minit.
  2. Kemudian, masukkan saja sayur-sayur pilihan anda. Kalau ikutkan menu saya seperti gambar, saya gunakan bunga kubis, brokoli, carrot, cendawan, baby corn dan cili benggala. (kombinasi sayur ini ada terjual di pasaraya yang telah siap dibungkus dalam 1pek)
  3. Akhir sekali, masukkan garam & secubit kiub perasa ayam...oh ya.. letak sedikit air jika mahu berkuah ya....kering sangat pun kurang enak.
Ok, selamat menjamu selera.
Terima kasih.

#resepiringkas #zulizazulkepli

UDANG GORENG BUNGA KUBIS


Ibu-ibu yang bekerja pastinya mengejar masa untuk menyediakan hidangan makan malam buat keluarga. Menu apa yang biasa anda dapat sediakan dalam masa yang singkat ?
Alhamdulillah, ini sahaja menu utama yang sempat saya sediakan buat keluarga setelah pulang agak lewat dari tempat kerja. Baki ikan masak asam pedas malam tadi pun masih ada lagi.... jadi kita panaskan aje. Syukur juga suami & anak-anak tidak pernah merungut walau ada masa-masa yang ibu hanya sempat goreng telo je. Alhamdulillah mereka makan seadanya apa yang terhidang.

UDANG GORENG BUNGA KUBIS
  1. Udang digaul sebentar dengan serbuk kunyit, sedikit serbuk lada hitam & garam.
  2. Goreng udang separuh masak (sekejap sahaja), angkat ketepikan.
  3. Tumis bawang besar & bawang putih yang dihiris nipis serta masukkan bunga kubis atau sayur pilihan anda...tumis dalam 1 minit (waktu ini saya suka gunakan api besar) seterusnya masukkan udang tadi gaul bagi sebati dengan rasa bahan-bahan tumisan.
  4. Jika suka sedikit masin, boleh tambahkan secubit garam.
Siap, selamat menjamu selera.
Terima kasih

#resepiringkas #zulizazulkepli

ORANG MENANGIS BUKAN KERANA MEREKA LEMAH


#spirits #kekuatan #bertahan #demicinta #bahagia

MY ACTIONS & DECISIONS ON END OF 2019

Remain or Not ?
ermmmm...


#newenvironment #myself #yourself
#actions #decisions
#stay #stays #yesornot
#future #Iamhappynow

KICAP JALEN SEBAGAI CENDERHATI MAJLIS


Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah telah selesai menyempurnakan majlis menyambut menantu di pihak lelaki pada 24 November 2019.
Tahniah adik ipar & my beras biras 🤗
Akim & Shika
Semoga kalian sentiasa bahagia & dipermudahkan kehidupan berumah tangga hendaknya.

Anyway berbalik ke tajuk asal, di sini saya ada lampirkan beberapa gambar & video serta short reviews tak berbayar berkenaan goodies KICAP JALEN yang diberikan kepada tetamu sebagai menghargai kehadiran mereka. Uoolls yang masih tercari-cari cenderhati buat tetamu, saya beri 120% goodies yang unik ini pasti menambat hati mereka yang hadir.

Syarikat JALEN Sdn.Bhd. menawarkan beberapa pakej door gift, produk seperti Kicap/Sos/Kordial. 
Bukan sahaja kicap yang sedap, kotak pun sangat cantik & kemas.
Uoolls please refer pada gambar kat situ ada maklumat lengkap untuk uoolls buat tempahan.


Jangan contact saya pula ya..saya ni bukanlah agen berdaftar, cuma kongsi secara percuma info menarik & unik bagi saya. Tapi kalau lah dapat kredit durian runtuh  dari Syarikat JALEN.. waaa bertuah lah tuan badan (tak salah kita berangankan..😅)

Cantik kan..macam kotak minyak wangi pulak tengok.


Ini video yang sempat saya ambil.
Dedicated this video to my lovely brother & sister for their wedding of the year.
Love from me.

Di bawah ini gambar yang saya muat turun  di website www.jalen.com.my 
Semoga info-info yang saya paparkan berguna untuk uoolls. InshaaAllah.
Terima kasih.
Wassalam.



JANGAN MENGHINA MASAKAN ORANG


Allahuakhbar, 
coretan ini bukan sahaja berkenaan 'rasa lauk yang dihidang' tapi berkenaan 'kata-kata yang kita lontarkan'.
Setiap orang mempunyai cara, deria rasa yang berbeza, jika ada sesiapa yang tidak suka..jangan lah mengeji.

Kejian sambil direncah gelak tawa, kamu anggap ia gurauan. Tapi suasana itu ada yang terguris hati sambil berselindung senyuman. 

Belajar lah adab berbicara, tidak kira siapa kamu. Kita inginkan orang lain menjaga hati kita, begitu juga sebaliknya. Asasnya, tapis kata-kata kamu agar tidak mengguris perasaan orang lain. Mungkin sekali dua terlepas kata kamu dimaafkan, tapi kiranya berkali-kali 'gurauan' kamu itu pasti meninggalkan kesan. 
Kamu siapa? Kamu rasa kamu lebih bagus? Kamu 'add on' sesuatu untuk nampak hebat? Hebatkah cara kamu?

Setiap orang punyai cara yang berbeza, hormati lah.
Jika hati kamu bersih, pasti kata-kata yang indah milik kamu.

JAGA ADAB BERBICARA.
InshaAllah kita bahagia.
Terima kasih.

HAPPY BIRTHDAY TASNEEM ZAHRA TURNS 5



Selamat hari lahir sayang ibu ayah. Umur Tasneem Zahra yang ke 5 tahun -14.11.14. Moga anak ibu ini menjadi anak yang solehah..panjang umur, murah rezeki & berjaya di dunia serta akhirat.

#Happybirthday #5tahun #2019

SALAM MAULIDUR RASUL 1441H | 2019M


SALAM MAULIDUR RASUL
1441H | 2019M

Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita MUHAMMAD S.A.W.
“Sesungguhnya Orang Yang Paling Dekat Denganku Pada Hari Kiamat Adalah Orang Yang Paling Banyak Berselawat Kepadaku” (Al-Nasai & Ibnu Hibban).

#selawat #maulidurrasul #islamic
#nabimuhammad

SURAH YAASIN AYAT 9 UNTUK PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA DARI GANGGUAN JIN DAN MANUSIA YANG BERNIAT JAHAT


Assalamualaikum readers..
Amallah ayat 9 daripada surah yaasin ini sebagai ikhtiar sebagai pendinding diri, penawar dari ganguan jin dan memohon perlindungan harta benda kita contohnya rumah agar tidak dimasuki pencuri. Disamping itu juga kita dapat berlindung daripada perbuatan aniaya dari manusia-manusia yang kejam ke atas diri kita dan keluarga.

Hafal dan fahami maksud ayat 9 surah yaasin ini, banyak mafaatnya dalam menjaga keselamatan kemudahan seharian. Walaupunbegitu perlu diingat, ayat-ayat al-quran adalah sebagai ikhtiar tetapi semuanya akan berlaku dengan izin dan kuasa Allah S.W.T

Sekian, celoteh saya hari ini..moga ia berguna untuk semua.
Inshaa Allah Alhamdulillah.
Terima Kasih.

CUTI SEKOLAH TAHUN 2020



#cutisekolahmalaysia2020 #cuticutimalaysia #penggalpersekolahantahun2020
#cutisekolah2020

CUTI RAYA TAHUN 2020


#cutiperayaantahun2020 #cutiraya2020 #cutimalaysia #cuti2020

SYUKUR MASIH PUNYAI KELUARGA


#familyfirst #doakuhariini #syukur #terimakasihAllah #bersamakeluarga
#selamatharilahir

DOA DIPANJANGKAN UMUR



#Doa #panjangumur #doapanjangumur #bismillah #selamatharilahir #selamatharijadi
#doadoa

MEMORI DE RHU BEACH RESORT


#derhubeachresort #kuantan #pahang #anakanak #jiwabesaranakanak
#kasihsayanganakanak
#bahagiakananakanak #korbanayahibu #jiwajiwa #cintahati

KAMU BUKAN SAHABAT


#sahabatsejati #bukansahabat #kamubukansahabat #berlalupergi
#senyapseribubahasa #bukansahabatsusahsenang

JANGAN CEMBURU KEJAYAAN ORANG


#jangancemburukejayaanorang #usaha #berjaya #peritgetir
#didikdiri #sentiasapositif

ISI HATI YANG SERING DILIHAT